Toleransi Ada Batas-batasnya

BERIKUTAN daripada tulisan saya di dalam ruangan ini minggu lalu, terdapat beberapa orang pembaca yang beranggapan seolah-olah Islam tidak dapat bertoleransi di dalam beberapa aspek yang tertentu, sedangkan pada dasarnya Islam adalah satu agama yang penuh dengan sifat toleransi dan bertolak ansur. Memanglah saya bersetuju bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan sikap toleransi dan bertolak…

Berhati-hati Bincang Kebebasan Beragama

SAYA berharap bahawa keghairahan kita membicarakan isu hak asasi manusia pada masa-masa yang terakhir ini tidak mengundang kekeliruan yang serius tentang kebebasan beragama dalam masyarakat Islam. Satu perkara yang harus difahami bahawa hak asasi dan kebebasan manusia dalam sebarang aspek kehidupannya sentiasa disertakan dengan peraturan dan undang-undang yang tertentu. Kebebasan mutlak pada umumnya hampir tidak…

Tazkirah Politik Cemarkan Tarawih

BULAN Ramadan telah berlalu dengan pantas sekali. Hari ini kita telah menunaikan ibadat puasa selama sebelas hari. Tetapi kita tidak pasti apakah amalan berpuasa ini benar-benar telah meninggalkan kesan yang baik terhadap diri kita dari segi pertuturan, tingkah laku, peningkatan kerohanian dan sebagainya. Hanya individu itu sendiri yang dapat menilai dan merasakannya. Yang amat diharapkan…

Ramadan Menawarkan Perubahan Radikal

SATU perkara penting yang dibawa Ramadan setiap tahun ialah perubahan radikal yang berlaku kepada beberapa sistem kehidupan manusia. Ketibaan bulan puasa mengubah peraturan makan minum, jadual tidur, beribadat sunat dan sistem lain, termasuk sistem penghadaman dan pencemaran yang melibatkan sistem biologi manusia. Sistem ini, atau sekurang-kurangnya beberapa aspek tertentu tentang peraturan ini, mengalami perubahan setibanya…

Rasuah Amalan Manusia Gelojoh

SEMAKIN berusia dunia ini, maka manusia di dalamnya merasa semakin resah dan gelisah. Segala krisis moral dan kerohanian, fizikal mental manusia yang berlaku hari ini pada umumnya adalah disebabkan manusia akhir zaman yang kelihatan semakin gawat dan resah. Manusia berebut pangkat dan benda dengan penuh gelojoh dan tamak, sehingga sanggup mengorbankan nilai-nilai moral kerohanian dan…

Teladani Akhlak Rasulullah

BANYAK perkara yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang meninggalkan kesan negatif kepada generasi muda. Satu perkara yang telah saya sentuh di dalam tulisan ini dua minggu lalu ialah teladan buruk yang berlaku di kalangan Ahli Parlimen ketika Menteri Kewangan mengemukakan ucapan Belanjawan 2000. Beliau diejek dan disorak serta dilemparkan dengan kata-kata kesat yang amat tidak…