SPEKULASI YANG MERUGIKAN

Dalam apa saja kegawatan yang berlaku di negara kita, baik isu ekonomi, sosial, politik dan tidak ketinggalan juga isu agama, maka bermacam-macamlah cakap-cakap kedai kopi, khabar angin dan sebagainya tersibar dengan meluas, berpindah dari mulut ke mulut, dari seorang ke seorang yang lain, dari kumpulan, organisasi dan lain-lain lagi, sehingga khabar-khabar angin, dan “sembang-sembang” jalanan…

Isu Kontroversi Puasa dan Raya

Saban kali menjelang bulan Ramadan saban kali pula isu-isu kontroversi ditimbulkan oleh para pendakwah dan ulamak kita seperti isu bilangan rakaat sembahyang terawih antara lapan atau dua puluh, memasang lampu di luar rumah pada malam-malam terakhir bulan Ramadan, persiapan rumah untuk menyambut hari raya, terutamanya oleh suri rumah dan sebagainya. Isu rakaat sembahyang terawih merupakan…

HARI RAYA DAN MUHASABAH DIRI

Hari Raya tahun ini menjelang tiba ketika negara berada di tengah-tengah kemelut ekonomi dan krisis mata wang yang meruncing. Keadaan ini bagaimana pun seharusnya dapat diterima dengan penuh kesabaran, sama seperti kita bersabar menerima semua dugaan Allah selama ini. Dugaan, cabaran, krisis dan berbagai-bagai kemelut lain adalah merupakan sesuatu yang dialami oleh manusia dari masa…

BERSAMA-SAMA MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA

Dalam pertemuan berbuka puasa dengan Perdana Menteri baru-baru ini, seorang duta sebuah negara Islam menyatakan pandangannya bahawa kemelut ekonomi yang melanda negara ini adalah merupakan sesuatu yang biasa dialami oleh negara lain. Tetapi keadaannya menjadi begitu gawat di Malaysia kerana gambaran media massa, terutamanya media asing, yang membesar-besarkan krisis ini, yang dengan gambaran itu seolah-olah…

MEMERANGI RASUAH DI ZAMAN MEROSOT

Saya tidak fikir Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menghadapi tugas berat dalam membenteras rasuah dalam keadaan ekonomi merosot sekarang ini dibandingkan dengan jangka waktu beberapa bulan dulu ketika ekonomi negara melambung begitu tinggi. Bagaimanapun, oleh kerana gejala rasuah merupakan penyakit sosial yang merayap disegenap lapisan dan peringkat rakyat pada setiap masa, maka BPR tentulah masih…

PENGHAYATAN ISRAK MIKRAJ

Dalam meneruskan kesinambungan abad ke-21 ini, umat islam tidak seharusnya meminggirkan rentetan sejarah silam yang telah banyak memberi panduan kepada umat sejagat untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Apatah lagi kalau sejarah silam itu masih berterusan sinarnya menyuluh ke lubuk hati insan yang impikan segala kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Walaupun sudah menjangkau lebih 1417 tahun lamanya namun peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oieh Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak akan dilupakan oleh umatnya kerana banyak pengajaran yang perlu dipelajari daripada peristiwa itu…