SYARIAH DAN WANITA ISLAM

Sebelum kedatangan Islam telah lahir bangsa-bangsa lain yang termasyhur seperti bangsa Yunan, Rom, Hindu, Yahudi, Nasrani dan Arab. Menurut undang¬undang yang berlaku pada bangsa Yunan, perempuan diperlakukan seperti barang dagangan. Dijualbeli di pasar-pasar. Hak kebebasan dan martabat mereka dinafikan. Mereka tidak mempunyai hak dalam perwarisan. Perempuan dipaksa berkahwin dengan orang yang ditentukan. Dalam menentukan perkahwinan hak bertindak terletak sepenuhnya pada lelaki. Perempuan tidak diberi hak menuntut penceraian, kecuali didalam keadaan yang amat istimewa. Perempuan tidak diberi kebebasan untuk membuat pengaduan ke muka pengadilan mengenai rnasalah rumahtangga.

ULAMA DENGAN KEMAJUAN SAINS & TEKNOLOGI

Masyarakat Islam memerlukan ulama yang berwibawa untuk dapat bersama memberi sumbangan dalam arus kemajuan sains dan teknologi yang berkembang pesat. Bidang sains bukan bidang yang terasing dan baru bagi masyarakat Islam. Bidang ini telah berkembang maju sejak pertengahan abad ke delapan. Khalifah al¬Mansur telah menghimpun tokoh-tokoh sains di Baghdad yang terdiri dari ahli perubatan dan astronomi. Perkembangan ilmu dalam bidang ini ketika itu diambil dari India, Parsi dan Greek….

Malaysia Perlu Bank Pembangunan Wakaf

Islam membuka ruang yang luas bagi umat manusia melakukan perkara kebajikan. Di antara cara melakukannya adalah melalui wakaf. Bagi sesetengah golongan masyarakat mereka tidak memahami konsep wakaf. Faham tentang sesuatu tidak semestinya merangsang seseorang itu melakukannya, terutama apabila .menyentuh kekayaan harta benda. Masyarakat Islam masih dianggap mempunyai imej yang negatif dalam pembangunan dan pengurusan harta benda. Bahkan doktrin perniagaan Islam masih belum diperkembangkan secukupnya dalam menghadapi cabaran pembangunan fizikal. Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, peluang telah diberi sehingga lahir ahli-ahli korporat yang berjaya. Sama ada kejayaan mereka itu membawa bersama ketelusan sistem perniagaan Islam masih perlu kepada perhatian…

Pengaruh Emosi Dalam Keluarga

Keluarga merupakan satu institusi sosial yang memainkan peranan teramat penting dalam perkembangan individu manusia. Ini kerana keluarga itu sendiri terdiri daripada individu manusia yang mempunyai kepentingan dan hak-hak yang sama yang seharusnya diberi perhatian oleh setiap individu yan terbabit. Oleh itu, untuk melahirkan individu yang cemerlang, setiap ahli keluarga terutamanya ibubapa atau suami isteri dan anak-anak….

TEKNOLOGI DAN TAMADDUN ISLAM

Malaysia telah menampakkan dirinya sebagai sebuah negara Islam di dunia yang berada di ambang kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, dan hingga kini merupakan satu-satunya negara Islam yang berjaya menggunakan teknologi berat sehingga dapat mengeksport kereta buatannya ke negara-negara luar. Hal ini seharusnya dapat menjadi model yang baik bagi negara Islam yang dinamik, dan diharap akan dapat mengembalikan semula kecemerlangan tamaddun yang pernah berkembang subur di tangan orang-orang Islam pada satu ketika dahulu…

PENYEBARAN DAN DOKUMENTASI HADIS

Di kalangan Masyarakat Arab telah lahir golongan celek bahasa. Terdapat di kalangan mereka penulis-penulis yang terdiri daripada penyaer-penyaer yang berwibawa. Apabila Islam tersebar terdapat dikalangan mereka yang telah memeluk agama Islam. Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri telah mengambil berat dalam bidang ini. Baginda telah membenarkan tahanan-tahanan perang Badar
supaya setiap seorang mengajar
sepuluh kanak-kanak Islam sebelum mereka dapat dibebaskan.