Teknologi dan Kejuruteraan di Zaman Kegemilangan Islam

Dari segi definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen. Dalam hubungan teknologi dan…

Nilai Taqwa Dalam Kehidupan

Secara mudahnya perkataan atau konsep taqwa boleh didefinisikan sebagai pengabdian yang menyeluruh seseorang hamba kepada Tuhannya. Dari sudut kaedah al-Quran, taqwanya manusia terhadap Allah digerakkan oleh empat faktor asas iaitu takut, harap, sabar dan syukur. Takut kepada siksa Allah sekiranya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah; sentiasa mengharap rahmat dan nikmat Allah; sabar terhadap percubaan-percubaan…

Pengajaran Dari Pencerobohan Sempadan Kemanusiaan

Adakah satu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan umat Islam di seluruh dunia apabila Iraq tumpas di tangan tentera penceroboh? Tiada. Itulah jawapannya kerana amat sukar untuk kita untuk mencari satu perkataan yang tepat lagi sesuai bagi menggambarkan perasaan itu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana negara-negara Islam seluruh dunia tidak berdaya untuk berbuat…

Ibadah Dan Budaya Kerja

Ruang lingkup ibadah di dalam Islam amat luas sekali, dan ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap aktiviti yang dilakukan baik yang berkaitan dengan individu mahupun dengan masyarakat adalah ibadah menurut Islam selagi mana ia memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut : 1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum-hukum…

Dakwaan Halal-Haram Di Internet: Justifikasinya Di Sisi Islam

Bagi pengguna komputer yang biasa menggunakan perkhidmatan e-mel, penerimaan berita yang di ‘forward’ dari seseorang individu kepada seorang individu yang lain adalah sesuatu yang lumrah. Berita-berita atau cerita-cerita yang dikirim tentulah sangat menarik perhatian. Bersifat sensasi atau mungkin lucu, lucah, gempar, menyedihkan, mengkagumkan, berbentuk peringatan, tragedi dan sebagainya. Apa yang ingin penulis utarakan di sini…

Poligami? Kontroversi Lagi!

Sejak Perlis Indera Kayangan mewar-warkan keterbukaannya dalam soal amalan poligami, isu ini terus menjadi suatu perkara yang begitu kontroversi dan seakan tiada penghujungnya. Walau bagaimanapun, pada pengamatan penulis keadaan kontroversi ini masih mengundang kesan yang positif dan yang nyata, masyarakat menjadi semakin berilmu apabila poligami ini dibincangkan. Tidak kiralah sama ada ia dibincangkan melalui perspektif…

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Pengenalan Ringkas

Di dalam sistem perundangan Islam, bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai ‘al-wilayah’, yakni hak dan juga kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini, maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan. Disebabkan perundangan di Malaysia mengamalkan sistem dualisme, maka dengan adanya bidang kuasa ini secara dasarnya…

Pembangunan Ummah dan Cabaran Masakini

Di tengah-tengah perkembangan pesat dan keghairahan terhadap pembangunan sekarang, samada sedar atau tidak, manusia sedang menghadapi dua pilihan yang sangat penting. Samada mampu mempertahankan status manusia sebagai manusia yang mengabdikan diri secara mutlak kepada Allah, atau mencemarkan nama baik kemanusiaannya itu kepada penghambaan kepada pembangunan. Bagi pilihan pertama, manusia itu hidup sebagai pemegang amanah Allah…

Islam dan Kemodenan

Salah satu fenomena yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia ialah dominannya kesan dan pengaruh kemodenan yang dicetuskan oleh kebudayaan barat. Konsep kemodenan yang dikaitkan dengan kemajuan dan pembangunan dalam segala bidang, khususnya dalam bidang ekonomi serta sains dan teknologi, telah mengelabui mata hampir seluruh umat manusia di dunia, tidak terkecuali umat Islam. Sesiapa…