KENAPA MULTIMEDIA?

Sungguhpun jawapan kepada persoalan apa dia dan kenapa umat manusia harus menggunakan multimedia pada masa kini, sudah terjawab dengan cara yang agak komprehensif dan mendalam di kalangan masyarakat negara-negara maju dan negara-negara yang kukuh prasarana sains teknologi dan ilmu pengetahuannya, namun bagi kita di Malaysia, khususnya di kalangan umat Islam, mungkin persoalan ini tidak banyak…

MEMBANGUN NILAI-NILAI BERSAMA

Kenyataan Tan Sri Alfred Jabu ketika merasmikan satu seminar yang disiarkan oleh akhbar tempatan pada 18 Mei 1998 tentang beberapa adat buruk di kalangan masyarakat Dayak rumah panjang di Sarawak amat menarik perhatian saya, dan saya percaya ianya juga menarik minat para pengkaji masyarakat di negara kita. Adat buruk yang diketengahkan oleh beliau ialah minuman…

BERAPA LAMA DEPAN TV

Ketika saya menulis di ruangan ini minggu lalu tentang berapa lama masa yang dihabiskan di depan TV, sebenarnya Menteri Penerangan telah juga mengumumkan bahawa TV Malaysia akan memendekkan masa siarannya dengan melewatkan permulaan siaran dan mempercepatkan masa penutupnya. Sungguhpun alasannya agak berbeza iaitu dari pihak TV Kerajaan alasannya ialah untuk menjimatkan perbelanjaan dalam kegawatan ekonomi…

HIJRAH DAN PERUBAHAN

Hari ini telah empat hari kita memasuki tahun baru hijrah 1419. Bagi orang Islam, saya rasa amat wajar sekali sekiranya ketibaan tahun baru hijrah dapat dijadikan satu titik permulaan bagi satu fasa hidup baru, azam baru atau agenda baru terhadap diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Saya hanya ingin mencadangkan satu perkara sahaja kepada ibu bapa…

MEMBANGUN TAMADUN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengkagumkan pemah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikumiakan Allah S.W.T. selama ini. Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini. Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah…

GERAKAN PEMUSNAH AGAMA

Kisah seorang ibu kehilangan anak gadis kesayangannya seperti yang saya catatkan di ruangan ini pada 3 April 1998 yang lalu masih segar dalam ingatan, dan mendapat reaksi emosional dan mental yang agak hangat melalui maklum balas yang saya terima dari semua peringkat. Kisah ini menarik perhatian kerana ianya melibatkan sikap anak gadis tersebut yang menjadikan…