Mengurus Risiko Daripada Terjebak Dengan Perlakuan Fitnah

Fitnah boleh membawa pelbagai erti. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat, fitnah bermaksud tuduhan, khabar, kisah yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang. Dalam maksud ayat 191 surah al-Baqarah ada disebut “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan”. Kebanyakan ulama tafsir memberi erti fitnah di dalam ayat Al-Quran ini membawa maksud perlakuan kufur dan syirik. Imam…

Puasa Dan Jiwa Merdeka

Bulan Ogos sering dikaitkan dengan tarikh kemerdekaan negara. 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat negara kita mencapai kemerdekaan. Kita mengingati dan menghargai perjuangan pahlawan di masa lalu. Tanpa pengorbanan mereka, tidak mungkin negara dapat mencapai kemerdekaan. Walau bagaimanapun jiwa yang merdeka bukan saja bebas daripada kongkongan kuasa penjajah tetapi juga bebas dari sebarang penjajahan bentuk…

Merancang Pengisian Ramadan

Cuba kembalikan ingatan pembaca kepada hari-hari terakhir Ramadan yang lepas. Bawakan diri pembaca kepada saat itu. Bayangkan diri anda berada dalam suasana hari-hari terakhir Ramadan itu. Ingatkah betapa hiba dan sayunya perasaan kita kerana Ramadan bakal pergi? Bagi yang benar-benar menghayati bulan mulia itu, terasa betapa Ramadan begitu cepat berlalu. Terasa begitu banyak yang tidak…

Membina Momentum Menjelang Ramadhan

               Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam keghairahan kita untuk menyambutnya, harus diingati persiapan yang perlu dilengkapi agar Ramadhan kali ini tidak menyebabkan kita tersungkur sebelum penghujungnya. Bukan setakat persediaan daripada aspek mental dan spiritual malah aspek fizikal juga perlu diambilkira dan disenaraikan keutamaannya. Selain mengejar pahala di…

Menangani Idea Terlampaui Blogger

Era pascamodenisme merupakan era lambakan maklumat dan pelbagai informasi. Jika dalam era sebelum ini ilmu atau sebarang maklumat hanya boleh diperoleh melalui sumber yang terhad, tetapi pada hari ini, begitu banyak maklumat yang hanya berada di hujung jari. Walau bagaimanapun, maklumat yang terlambak di hadapan kita belum pasti benar dan boleh memberi sumbangan kepada pembinaan…

Salah Faham Gangguan Mental di Kalangan Umat Islam

Kita sering mendapati di kalangan umat Islam Melayu di negara ini yang menghidapi penyakit mental akan pergi mendapatkan rawatan penyakit yang mereka alami daripada mana-mana individu yang mereka lihat mempunyai kuasa, hubungan atau pegangan kepercayaannya yang kuat terhadap perkara berkaitan supernatural. Kepercayaan supernatural atau supranatural berlaku apabila seseorang itu mempercayai akan kewujudan satu sumber kuasa atau tenaga yang berada di…

Lupa Tuhan Mengundang Bencana

Apabila kita berbicara mengenai pembangunan manusia kini, kita akan menjadi bingung buat seketika kerana semakin rancak pembangunan fizikal yang dirancang dan dilaksanakan maka semakin rancak pula keruntuhan nilai kemanusiaan yang berlaku.  Namakan saja jenis keruntuhan tersebut semuanya ada dalam pembangunan masa kini.  Bermula daripada institusi kekeluargaan yang kucar-kacir hinggalah kepada tandusnya akhlak yang mulia, runtuhnya pemikiran sihat,…

Mengurus Risiko Kemalangan Kanak-Kanak

Anak-anak kita terdedah kepada kemalangan. Pelbagai peristiwa sedih yang melibatkan anak-anak kita sentiasa menghiasai berita dalam media massa dari dahulu sehinggalah sekarang. Di sini penulis ingin mengimbas kembali beberapa peristiwa yang berlaku. Pada 3 April 2007, M. Sri Mathi, 3 tahun mati dikatakan tertinggal lebih sejam di dalam kereta ketika bapa kanak-kanak malang itu dilaporkan…

Pemimpin Muslim Yang Baik Tidak Mencela

  Apabila golongan pemimpin mula mencela, maka apakah yang cuba ditunjukkan atau diajarkan kepada golongan rakyat bawahan? Kecenderungan golongan pemimpin masa kini, terutamanya pemimpin Muslim, menggunakan kata-kata kesat untuk menjatuhkan lawan masing-masing sangat dikesali. Perbuatan itu amat memalukan, merendahkan martabat diri dan mengundang perbalahan dan permusuhan yang tiada titik penghujung.  Lebih hina lagi apabila tindakan itu…