Fahami Tafsiran Sebenar Perang

Pihak media Barat yang diperalatkan oleh golongan yang mahu menggambarkan imej buruk Islam sering menghubungkan perjuangan Islam yang suci atau jihad dengan keganasan dan pembunuhan. Jihad telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai holy war atau peperangan suci. Terjemahan ini memberikan kefahaman yang jelas bahawa Islam adalah ditegakkan dengan mata pedang dan dikembangkan dengan peperangan.…

Hayati Pegangan Toleransi Antara Agama

Rakyat negara kita selama ini telah menunjukkan contoh yang baik dalam bertolak ansur sesama sendiri menerusi toleransi agama, budaya dan kehidupan sosial umumnya. Dalam beragama, kita telah menunjukkan model yang amat baik. Dengan kewujudan berbagai-bagai agama di negara ini, nampaknya kita telah dapat mengharmonikan penganut berbagai agama itu. Demikian juga dalam kesepaduan kehidupan budaya dan…

Terperangkap Dalam Jebak Sendiri

Nampaknya dunia Islam menghadapi kekeliruan yang besar pada hari ini akibat beberapa perkembangan yang berlaku dalam masyarakat Islam disebabkan oleh unsur dalaman dan luaran. Kekeliruan itu mengambil bentuk kehancuran kepada diri sendiri, cetusan emosi dan sentimen yang melampau dan ketidaktentuan pemikiran kerana ketandusan ilmu pengetahuan yang mencukupi. Peristiwa 11 September akan menghantui umat Islam sehingga…

Hakikat Masa Lalu dan Akan Datang

Empat hari memasuki tahun baru, ingatan kita kepada tahun 2001 bercampur aduk di antara perasaan duka dan suka. Kita berdukacita kerana peristiwa-peristiwa sedih dan buruk yang berlaku dalam tahun lalu itu, dan sebaliknya kita merasa sukacita kerana kita diberikan Allah s.w.t. kesihatan dan ketenteraman di dalam diri kita dan masyarakat di sekeliling. Bagaimanapun, sama ada…

Penjajahan Ke Atas Negara Islam

Sejarah moden mencatatkan bahawa negara asing yang mempunyai kuasa besar boleh menjajah negara lain yang telah mempunyai kerajaan sendiri seperti yang berlaku di Afghanistan sekarang. Kuasa besar dunia itu boleh pula menjatuhkan kerajaan yang dikehendakinya dan menggantikannya dengan kerajaan baru. Cara serangan yang membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa dan menduduki negara tersebut untuk menentukan…

Hari Raya Melambangkan Kesepaduan Umat

Satu Syawal telah pun menjelang, dan telah kita rayakan bersama. Umat Islam di mana saja mereka berada menyambut ketibaan Syawal dengan penuh kesyukuran di atas kurniaan Allah s.w.t. dan berdoa semoga kehidupan mereka seterusnya akan mendapat berkat dan hidayat daripada Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Kita sesungguhnya amat kagum dengan kesepaduan seluruh umat Islam dalam…

Suara Retorika Dari Kampus

Isu pilihan raya para pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) baru-baru ini mendapat publisiti meluas dalam media negara kita, sekali gus menunjukkan kepentingannya. Malahan jika dilihat sepintas lalu pilihan raya perwakilan pelajar itu seolah-olah menyamai pilihan raya umum negara dari segi liputan akhbar. Pada zaman saya menjadi pelajar dulu sebenarnya tidak timbul politik pelajar seperti…

Orang Islam Cemari Imej Agama

SERANGAN ke atas Amerika Syarikat (AS) pada 11 September yang lalu mengakibatkan masyarakat Islam sentiasa berada dalam keadaan bertahan dan surut ke belakang. Orang Islam pada umumnya menjadi sasaran serangan dari segenap penjuru dunia, sama ada secara kekerasan, atau serangan psikologi, serangan mulut dan kata-kata sinikal. Malah orang Islam sentiasa dipandang penuh waspada dan ragu-ragu.…

Suarakan Bantahan Secara Meluas

Pada minggu yang lalu, Institut Kefahaman Islam Malaysia telah menyampaikan mesejnya kepada pihak Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tentang keprihatinan umat Islam mengenai serangan yang dilakukan oleh negara tersebut terhadap orang Islam di Afghanistan yang diserang bertubi-tubi sejak beberapa minggu yang lalu. Serangan yang dilakukan untuk menghapuskan pengganas seperti yang didakwa oleh kerajaan AS itu nampaknya…