Harga Sebuah Kepercayaan

Kepercayaan merupakan teras kehidupan dan nadi kewibawaan sesebuah negara. Semakin tinggi kepercayaan, semakin penting kedudukan negara dalam peta dunia. Kepercayaan tidak boleh dicagarkan sewenangnya. Kepercayaan yang terancam perlu dipulihkan walaupun sukar dan amat malang bagi negara yang terdedah kepada ancaman kepercayaan tetapi terus diabaikan.