Berhibur, Berhibur, Berhibur Sehingga ke Majlis Ilmu pun Mahu Terhibur
“Rakyat Malaysia suka berhibur. Semua rancangan hiburan akan ditonton walaupun ianya tidak menghiburkan.” Inilah maklumbalas seorang teman bila penulis menyuarakan bahawa terbitkanlah apa sahaja rancangan hiburan di Malaysia ini, pasti akan ada yang meminatinya. Mungkin ada benarnya pengamatan teman ini. Semua rancangan hiburan yang diterbit dan disiarkan di televisyen akan mendapat sambutan walaupun kadangkala kita…