Pembudayaan Inovasi dan Kreativiti dalam Organisasi

Malaysia telah menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti. Penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti terutama di peringkat nasional amat penting kerana ia menggalakkan daya saing negara. Tahun Inovasi ini bukan sekadar slogan, namun pengertian inovasi amat luas dan perlu diterjemahkan dalam seluruh aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Barangkali ada…

Berpuasa Pemangkin Daya Juang

Walaupun pada umumnya manusia boleh memperjuangkan apa-apa sahaja untuk kepentingan dirinya kerana perjuangan itu bersifat relatif, namun pada penulis istilah perjuangan hanya mempunyai nilai dan harga apabila ia usaha untuk mencapai sesuatu yang positif dan dengan cara yang benar. Perjuangan untuk  mengumpul harta kekayaan dengan tipu daya umpamanya hanya boleh dijelaskan sebagai mementingkan diri sendiri.…

Cabaran Terhadap Kreativiti dan Inovasi Dalam Kesihatan Mental

Pada awal minggu ini, telah berlangsung satu persidangan kesihatan mental yang bermula dari 26-28 Julai 2010. Program yang dikenali sebagai Persidangan Kesihatan Mental Kuala Lumpur ke 7 itu diadakan dua tahun sekali, dan merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur. Antara beberapa objektif ia diadakan ialah bagi mendidik masyarakat supaya…

Tunggulah Kemusnahan Bila Memilih Pemimpin Yang Tidak Amanah

Mengambil bahagian dalam politik adalah satu tindakan yang mulia dan berfaedah sekiranya penglibatan ini diniatkan untuk mencari keredaan Allah SWT. Bergiat dalam politik untuk menerajui kuasa pemerintahan sepatutnya dijadikan sebagai landasan untuk seseorang itu melaksanakan amanah bagi membawa rahmat ke seluruh alam. Surah al-Anbia’ ayat 107 menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW, serta para Nabi dan…

Agenda Memperkasakan Melayu

Pernah suatu ketika seorang penulis Barat meramalkan Malaysia adalah antara negara di Asia yang akan muncul sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia.  Dalam bukunya, Asia’s New Little Dragon : The Dynamic Emergence of Indonesia, Thailand and Malaysia, Steven Schlosstein, meramalkan dengan penuh optimistik bahawa negara-negara ini akan bangun menerajui perkembangan ekonomi dunia dalam kerangka budaya Asia yang…

Lombong Pasir Dikhuatiri Jejas Alam Sekitar

Demam Piala Dunia baru sahaja berakhir. Kini, isu korek pasir pula hangat diperkatakan. Isu tersebut begitu cepat meraih perhatian umum sejak kebelakangan ini memandangkan ia melibatkan kelangsungan masa depan alam sekitar dan juga penghuni di dalamnya. Kegiatan melombong pasir yang sedang giat dijalankan kira-kira 50 meter daripada taman rekreasi Paya Indah Wetlands begitu menggusarkan hati…

Pemerkasaan Hak-Hak Wanita Islam

Perbincangan mengenai hak-hak wanita Islam dari sudut undang-undang kekeluargaan tidak pernah surut dalam mana-mana forum masyarakat sama ada formal ataupun tidak formal. Secara ringkasnya, hak-hak wanita Islam merangkumi hak-hak sebelum dan semasa perkahwinan, serta selepas perpisahan dengan pasangan sama ada bercerai hidup atau disebabkan kematian pasangan. Dan isu yang paling besar berbangkit adalah yang merujuk…

Tingkatkan Imej Pahlawan Negara

Membela agama, bangsa dan negara dengan sagala kemampuan yang ada adalah satu kewajipan yang dituntut dalam Islam. Mempertahankan agama dan negara bukanlah satu perkara yang mudah sekiranya tidak ada persediaan rapi dilakukan. Perancangan rapi dan usaha-usaha ke arah menyediakan kemampuan pertahanan mesti dilakukan secara berterusan demi memastikan pihak-pihak yang terlibat senantiasa bersiap-sedia untuk berhadapan dengan…

RMK10 Pertingkat Taraf Kesihatan Mental Rakyat dan Pekerja

Kerangka dasar Rancangan Malaysia Ke-10 telah pun dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri bagi memacu pembangunan negara untuk tempoh antara 2011-2015. Di antara beberapa dasar yang paling menarik ialah mewujudkan satu pendekatan yang menjurus kepada pembangunan kualiti hidup yang sempurna di kalangan rakyat. Sememangnya setiap individu adalah berhak untuk hidup dan tinggal dalam suasana persekitaran yang…

Ummah Yang Perlu Dimuhasabah

Menjadi satu kewajaran yang dituntut untuk ummah ini sentiasa menyingkap kelemahan-kelemahan yang ada dan membiasakan dimuhasabah agar dapat meningkatkan kualiti diri.  Muhasabah adalah suatu yang sangat diperlukan kerana ianya dapat membuka mata bagi melihat apakah hambatan-hambatan yang perlu dirungkai agar ummah ini dapat mampu bangun di atas kaki sendiri.  Antara kelemahan-kelemahan yang telah lama menebal pada umat…