Hilang Patriotisme, Tercemarlah Kesejahteraan Bangsa

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sekeliling menjadikan saya keliru. Kekeliruan itu mematikan hasrat untuk mengajak pembaca supaya bersyukur dengan keamanan dan keselesaan yang dinikmati. Sebelum ini, kita cukup berbangga sebagai masyarakat yang bersifat majmuk dan boleh hidup dengan aman serta semangat setia kawan. Satu demi satu kejadian telah membunuh rasa damai dan masyarakat menjadi…

Ramadan Bulan Rezeki Para Peniaga

Ramadan merupakan bulan limpahan rezeki bagi para peniaga.  Bagi peniaga, bulan ini merupakan bulan rezeki kerana jumlah pendapatan mereka dijangka meningkat berkali-kali ganda sehingga boleh mendapat untung bersih beribu-ribu ringgit dengan hanya sebulan berniaga. Lazimnya pendapatan jualan sepanjang Ramadan memberikan pulangan yang lumayan bahkan turut berbeza daripada jualan pada bulan-bulan biasa.   Disebabkan itu, kehadiran Ramadan…

Jerebu: Bukan Sekadar Musibah Sebaliknya Tersembunyi Hikmah

Serangan jerebu yang melanda Negara sejak tiga minggu lepas seolah-olah mengulangi kembali peristiwa jerebu pada tahun 1997 apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang dicatatkan adalah mencecah 750 dan jarak penglihatan yang tinggal adalah kira-kira 50 meter sahaja. Sebagaimana lazim, punca jerebu pada kali ini juga adalah akibat daripada kebakaran ladang dan hutan yang berlaku…

Hikmah: Satu Sifat Didokong Bukan Dipinggirkan

Individu, kelompok masyarakat masing-masing ingin idea atau kehendak mereka didengari dan seterusnya diperakukan dan dituruti oleh orang lain.  Sebagai contoh seorang bapa sudah tentu ingin anaknya menuruti kehendak beliau.  Sudah tentu sebagai bapa maka banyak perkara yang ingin diberikan kepada si anak.  Maka patuh dan taat dengan kehendak si bapa merupakan satu kelebihan kepada anak…

Tolong-Menolong Untuk Kesatuan Ummah

Individu dalam masyarakat masing-masing mempunyai pandangan dan citarasa yang berbeza dalam aspek kehidupan harian mereka.  Walaupun rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.  Bahkan pasangan kembar pun walaupun nampak sama tetapi mempunyai perbezaan tertentu sehingga kita boleh mengenali di antara satu dengan yang lain.  Perbezaan yang ada merupakan satu anugerah Allah SWT yang merupakan sunnah kehidupan…

Pelihara Jalinan Ukhuwah Sesama Islam

Demam pilihan raya semakin terasa di seluruh negara. Rata-rata topik perbincangan adalah tentang calon pilihan masing-masing, malah anak-anak sekolah pun sudah pandai berpolitik! Dalam kehangatan menghadapi suasana pilihan raya, kadangkala emosi menjadi tidak terkawal dan akibatnya tercetuslah pergaduhan serta permusuhan sesama sendiri. Kes-kes kesalahan yang berkaitan pilihan raya pun sudah banyak berlaku di seluruh negara.…

Akhlak Perisai Kukuh, Mengharmonikan Persengketaan

     “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”. Demikian lafaz yang pernah diungkapkan oleh Baginda SAW yang menunjukkan akhlak mulia teras kepada segala aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan ini. Apatah lagi sekiranya dalam melaksanakan amanah dakwah yang menjadi kewajipan bagi setiap muslim. Jika hanya berilmu namun tidak berakhlak, ia akan merosakkan dakwah tersebut…

Perkhidmatan Psikologi Perlukan Akta

Psikologi sebagai satu disiplin keilmuan ditakrifkan sebagai satu bidang yang mengkaji dan memahami tingkahlaku manusia secara saintifik. Ia mengkaji perhubungan dan perkaitan di antara fungsi otak dan pemikiran, emosi, biologi, sosial dan tingkahlaku seseorang individu manusia dan kesannya kepada individu terbabit. Manakala perkhidmatan psikologi merupakan satu bentuk perkhidmatan yang berasaskan kepada ilmu dan pengetahuan dalam…

Penyatuan Masyarakat Sebagai Benteng Pertahanan Negara

Bila mana negara diceroboh, mempertahankan negara daripada ancaman dan serangan tersebut menjadi tanggungjawab ke atas masyarakat. Bukan hanya barisan pertahanan yang perlu terkehadapan untuk membentengi negara tetapi setiap individu yang bergelar rakyat dalam negara tersebut perlu juga membentengi diri bagi menghadapi segala kemungkinan. Apakah bentuk pertahanan itu? Bukan lagi turun ke medan juang tetapi masyarakat…

Nasihat-Menasihati Demi Kelangsungan Agama, Bangsa, dan Negara

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang bertitah dalam Wacana Perpaduan Ummah di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lalu antara lain menegaskan kepentingan ilmu yang dapat membentuk ketaqwaan seseorang dan dengan demikian mendorong dirinya untuk menyampaikan nasihat dengan berani dan setulus hati. Baginda bertitah, “Meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan dalam…