Tarbiah Bukan Untuk Tujuan Lulus Periksa

Rasulullah s.a.w. telah berjaya menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakatnya sehingga menjadi insan yang berilmu, beriman dan bertakwa serta mempunyai sifat ihsan serta bersedia berkorban mempertahankan Islam semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Pendidikan berlaku dalam dua bentuk iaitu formal dan non-formal. Pendidikan tidak formal berlaku dalam berbagai keadaan dan bentuk penyampai termasuk oleh ibu bapa,…

Prinsip Pemerintahan Islam Universal

Dalam ucapan pertamanya yang disampaikan di Parlimen baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melafazkan beberapa istilah yang terdapat dalam siasah dan pentadbiran Islam. Di antaranya ialah amanah, rasuah, adil dan syura. Sekali imbas ini membayangkan corak kepimpinan yang akan diambil oleh beliau dalam menerajui Malaysia ke tahap yang cemerlang dan terbilang dengan…

Bioteknologi Masih Kurang Difahami

Bioteknologi menggabungkan dua perkataan, bio dan teknologi. Bio bermaksud kehidupan atau benda hidup. Jadi, secara mudah, bioteknologi adalah apa-apa teknologi yang menggunakan organisme hidup seperti tumbuhan, haiwan atau mikrob. Melihat kepada manfaat-manfaatnya, bioteknologi akan menjadi satu bidang kajian yang utama. Pelbagai produk bioteknologi akan dihasilkan dan memasuki pasaran. Soalnya, apakah produk-produk ini akan diterima oleh…

Banteras Cara Hidup Tidak Sihat

Ajaran Islam menuntut seluruh umatnya agar membina kehidupan yang sihat dan selamat pada setiap masa. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan mencari kehidupan yang baik serta selamat adalah pilihan dan tanggungjawab mereka sendiri yang pada dasarnya dicetuskan oleh ajaran dalam Islam. Allah berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 104 bermaksud: Dan hendaklah ada di kalangan…

Pulihkan Hati Pengawas Ummah

Bertolak daripada pembangunan ummah sebagai dasar pembangunan, Islam membangunkan perkara-perkara yang meliputi kehidupan ummah secara menyeluruh yang termasuk antara lain bidang-bidang penyelidikan, ekonomi, pentadbiran, politik, kebudayaan, sosial dan sebagainya. Dalam proses pembangunan kehidupan dan penghidupan ummah ini, Islam bukan sahaja lengkap dengan teori pembangunannya, sejarah pembangunannya dan cara pelaksanaan pembangunannya tetapi Islam juga lengkap dengan…

Pembangunan Meliputi Perubahan Sahsiah

Persoalan pokok dalam pembangunan Islam ialah manusia dengan segala kemaslahatannya. Hal ini mencakupi bidang yang amat luas; tersimpul dalam kewujudan dan peranan manusia itu sendiri sebagai hamba dan khalifah Allah. Berpunca dari tanah lumpur yang kotor yang ditiupkan roh oleh Allah, manusia wujud dalam dua dimensi – rohani dan jasmani. Manusia diberi hak untuk memilih…

Membendung Naluri Ke Jerat Rasuah

Antara perkara yang amat membimbangkan masyarakat dan negara ketika ini adalah berkaitan peningkatan gejala rasuah yang didapati semakin serius. Laporan-laporan media tempatan mahupun kes-kes yang direkodkan oleh pihak berkuasa menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Malah lebih mencemaskan lagi apabila individu dari sektor perkhidmatan awam didapati turut terlibat dalam gejala buruk ini. Kebimbangan ini telah pun disuarakan…

Orang Islam Mesti Pelihara Hak Setiap Individu Manusia

Dalam al-Quran dan Sunah terdapat perkara-perkara yang menyentuh hak-hak manusia. Ini lebih jelas apabila meneliti kandungan Sahifah Madinah. Jaminan ke atas hak-hak rakyat adalah bertujuan supaya keadilan dan kesaksamaan dapat dicapai dan dinikmati oleh rakyat. Jaminan kepada hak-hak rakyat atau individu adalah menjadi makasid al Syariah. Tujuan utama syariah adalah untuk menjaga kepentingan manusia dalam…