Bahaya Pemikiran Jihad Menjadi Ganas

Generasi muda, termasuk para remaja dan pelajar universiti, adalah generasi yang dinamik, inovatif dan kreatif, penuh dengan keunggulan idealismenya, semangat pengabdiannya dan sangat menginginkan diwujudkan segera gagasan-gagasan baru dalam hidupnya. Meskipun dalam banyak hal mereka agak bebas dan merdeka, tetapi di sebaliknya mereka sebenarnya belum dapat berdiri sendiri, apa lagi berfikir seperti orang dewasa yang…

Budaya Menghancurkan Umat Berkembang

ISU-ISU pembangunan negara yang berkaitan dengan agama nampaknya banyak yang menggawatkan daripada menyenangkan dalam konteks masyarakat kita sekarang. Saya menyebut perkara ini terutamanya apabila banyak perbincangan dan polemik sering dilakukan di dalam Internet dan e-mel, atau surat-surat terbang yang tidak bernama, malahan melalui tabloid yang kurang bertanggungjawab terhadap kewibawaan ilmu pengetahuan Islam dan keunikan agama…

Terharu dengan Pengakuan Pemimpin

SATU sifat baginda Rasulullah s.a.w yang amat wajar diteladani dalam menghadapi zaman-zaman gawat dan resah gelisah yang melanda masyarakat kita kini, pada pandangan saya ialah sifat memaafkan kesalahan orang lain dan bertolak ansur ketika menghadapi kerenah manusia. Dalam sejarah baginda Rasulullah s.a.w tercatat satu peristiwa yang penuh dengan keagungan rasa hati dan membangkitkan emosi manusia…

Masa Hadapan Cerah untuk yang Berilmu

DALAM Islam tidak wujud sebarang pertikaian tentang kepentingan ilmu. Allah s.w.t menjelaskan tentang perbezaan orang yang berilmu dan yang tidak berilmu, baik dari segi status, lebih bertakwa kepada-Nya dan berbagai-bagai ungkapan lain secara terang dan berkiasan bagi menunjukkan kelebihan orang yang berilmu mengatasi orang jahil. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan tentang kepentingan mencari ilmu dan hukumnya…

Bukan Alam Fantasi Lagi

DALAM kegawatan moral dan krisis nilai yang melanda masyarakat dunia sekarang, kita kadang-kadang merasakan diri kita sedang berada di dalam sebuah panggung wayang dan sedang menyaksikan lakonan manusia yang serba ragam, yang baik, yang jahat, yang suci bersih dan kotor lagi cemar. Saya merasa kita sedang menyaksikan ragam manusia itu melalui lakonan. Ini kerana banyak…

Wakaf, Zakat Kikis Sifat Tamak

SEMINAR Waqaf yang diadakan di Johor Bahru pada 18 Jun lalu adalah amat sesuai dengan masanya. Ketika manusia dan dunia seluruhnya sedang giat bersaing untuk kepentingan diri dan gelojoh dengan sifat kebendaan melulu tanpa batasan, maka wajarlah pembicaraan tentang ajaran agama yang mempunyai hubungan dengan sifat tamak dan haloba manusia itu diulangkan perdebatannya. Umat Islam…

Membangun Pendidikan Islam Cara Sepadu

DALAM tulisan saya dua minggu lalu, saya menyatakan bahawa pembangunan pendidikan Islam di negara kita telah berjalan dengan lancar dan sistematik. Jika dilihat kepada angka pelajar di institusi pendidikan agama di segala peringkat maka bilangannya telah meningkat ke angka ratusan ribu. Bilangan pelajar agama yang agak besar ini memberikan gambaran yang jelas bagaimana para ibu…

Punca Krisis Pemikiran Negatif

SEORANG teman e-mel menulis kepada saya minggu ini bertanyakan satu soalan: “Kenapa dan mengapa hanya kita sahaja yang perlu memahami atau menjaga dan menghormati hati dan perasaan orang lain, sedangkan orang lain tidak pernah cuba untuk memahami hati dan perasaan kita…?” Kebetulan pula pada hari yang sama saya terdengar jawapan seorang penceramah TV ruangan pagi…