El-Nino Punca Cuaca Bercelaru

Kecelaruan dan perubahan cuaca dunia yang tidak menentu lewat kebelakangan ini memberi petanda bahawa fenomena El-Nino (yang juga dikenali sebagai ‘si anak kecil’ dalam bahasa sepanyol) berulang kembali. Namun kehadirannya pada kali ini tidaklah seteruk yang pernah berlaku pada tahun 1997-1998 (yang telah menyebabkan berlakunya jerebu, kemarau dan kepanasan yang melampau dengan suhu meningkat melebihi…

Sikap Penjawat Awam Perlu Selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)

Sektor awam merupakan satu sektor yang telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan negara. Sejak sekian lama, sektor ini telah diikhtiraf sebagai satu sektor utama bagi menyokong perkembangan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, sumbangan yang diberikan oleh sektor awam ini sama sekali tidak boleh dinafikan. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini telah wujud beberapa kelemahan dalam…

Elakkan Perpecahan Demi Kepentingan Rakyat dan Negara

Gagasan 1Malaysia adalah kesinambungan dari agenda perjuangan negarawan terdahulu demi melihat negara Malaysia mencapai status negara maju dan aman. Status negara maju yang hendak dicapai adalah berlandaskan acuan sendiri yang membezakan pendekatan asimilasi seperti mana dilaksanakan di kebanyakan negara-negara maju yang lain di mana identiti kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan identiti nasional yang sama.…

Peliharalah Aib Orang

Sebagai orang Islam, kita sepatutnya bersyukur kerana kita dipandu oleh al-Quran dan sunnah dalam menentukan tingkahlaku kita dalam menjalani kehidupan ini. Andaikan kita ini pengembara, pastinya kita bersyukur jika sepanjang perjalanan itu kita dibekalkan dengan kompas sebagai penunjuk arah. Kita sepatutnya lebih bersyukur lagi kerana tidak semua pengemabara dibekalkan dengan penunjuk arah ini. Berbeza dengan…

Pendidikan dan Halatuju Penguasaan Ilmu

Rata-rata di kalangan kita pastinya inginkan kejayaan yang cemerlang terhadap para pelajar kita dalam pelajaran mereka.  Lebih-lebih lagi dalam suasana persaingan yang cukup sengit di era globalisasi kini menuntut penguasaan ilmu yang mantap dan luas yang memungkinkan setiap daripada para pelajar kita mampu menghadapi cabaran ini dengan bekalan ilmu yang cukup mantap dan rapi.  Mungkin kerana cabaran…

Pulihara Ekosistem Marin Atasi Ancaman Kepupusan

Usaha pemuliharaan kerang gergasi yang sedang dijalankan oleh Pusat Kajian Marin Ekologi (MERC) Gayana Eco Resort, Sabah  (seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lepas) perlu disambut baik oleh semua lapisan masyarakat agar kesinambungan ekosistem marin terus terpelihara. Usaha tersebut yang merangkumi program penyemaian terumbu karang, penanaman bakau serta pembiakan rumpai laut dan kerang…

Amalan Syura Menghakis Tekanan Di Tempat Kerja

Sudah menjadi lumrah apabila seseorang itu menceburi sesuatu bidang kerjaya ada saja tekanan yang dihadapi.  Tekanan seringkali ditakrifkan sebagai desakan, paksaan, atau keadaan menanggung beban yang amat sukar oleh seseorang. Pelbagai bentuk tekanan yang berlaku misalnya disebabkan oleh kehilangan pekerjaan, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumah tangga, kegagalan dalam hidup dan sebagainya. Impak daripada tekanan ini boleh…

Pengorbanan Umat Islam Wajar Dihormati

Orang Melayu terkenal dengan budi pekertinya yang tinggi, bersopan-santun dan bertimbang-rasa. Sifat yang ada ini bertunaskan ajaran Islam yang mengajar umatnya supaya senantiasa menjaga hati dan perasaan orang lain walaupun hatinya terasa pahit untuk menerimanya. Dengan erti kata yang lain, memuliakan orang lain merupakan budaya orang Melayu yang diterapkan oleh ajaran Islam bersesuaian dengan sepotong…

Antara Nama dan Hakikat

Artikel ini telah diterbitkan pada 07 Mei 2008 di akhbar Utusan Malaysia Zaman ini adalah zaman orang menuntut hak dan kebebasan. Di sana sini riuh rendah golongan itu dan ini menuntut apa yang didakwa hak mereka, yang mesti diserahkan dan dibebaskan dari belenggu itu dan ini. Salah satu hak yang heboh diperdebatkan akhir-akhir ini ialah…