Pertahanan negara merupakan salah satu elemen yang amat penting kepada negara bangsa. Setiap negara memerlukan pertahanan negara bagi tujuan keselamatan dan keamanan.Ini bertepatan dengan pepatah latin yang berbunyi si vis pacem, para bellum yakni bermaksud jika anda mahukan keamanan, maka bersedialah untuk berperang. Konotasi ini bukanlah bermaksud menyuruh kita berperang tetapi persediaan dan persiapan perlu dilakukan untuk menghadapi keadaan di luar jangkaan manusia. Persiapan dan persediaan adalah amat penting bukan sekadar untuk pertahanan tetapi lebih dari itu, sekiranya kekuatan itu menonjol, seperti yang dikatakan oleh John Garnett, ia berupaya mempengaruhi perlakuan negara lain. Sudah tentu pendekatan ini amat penting apabila kita membicarakan dalam konteks dunia hari ini. Kenapa Amerika Syarikat berjaya mempengaruhi perlakuan negara lain termasuk dunia Islam? Jawapannya mereka mempunyai segala kekuatan yang ada termasuk kekuatan pertahanan tentera dan persenjataan yang kuat dan canggih. Negara-negara lain terpaksa akur kepada kuasa barat ini…..