Kesejahteraan Hidup Berlandaskan Pembangunan yang Seimbang

Ulama ulung, Sayyid Sabiq menyatakan bahawa terdapat tujuh kekuatan yang perlu ada pada setiap orang Islam jika ingin membangun iaitu kekuatan akidah merangkumi keimanan mutlak kapada Allah s.w.t; kekuatan ilmu iaitu ilmu yang merupakan penegak peribadi manusia, penyingkap hakikat kewujudan sesuatu benda atau perkara di alam nyata; kekuatan budi pekerti iaitu dengan cara menyucikan jiwa…

Dinamisme Dalam Pendekatan Pengajaran Agama Islam

Pembangunan sains dan teknologi, globalisasi, ledakan teknologi maklumat, perubahan sosio-budaya serta perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia penyiaran serta media massa menyebabkan masjid telah kelunturan daya tumpuan sebagai institusi yang sangat berpengaruh kepada masyarakat dalam pengembangan ajaran Islam. Sebaliknya, masyarakat pada hari ini termasuk masyarakat Islam lebih teruja untuk mengasimilasikan diri dengan budaya hidup yang…

Bercelarunya Nilai Kita

Setelah beberapa kali menonton ‘promo’ sebuah rancangan realiti TV, penulis berkesempatan menonton rancangan itu ketika episod keduanya disiarkan.Program realiti ini bertujuan untuk mengubah cara berpakaian dan berdandan pesertanya – Si X – yang dirujuk kepada program tersebut oleh mereka yang rapat denganSi X.Misalnya, seorang rakan akan meminta krew penerbitan ini untuk mengubah cara berpakaian dan…

Aidilfitiri, Ramadhan dan Peningkatan Diri

Begitu pantas masa berlalu, Ramadhan sudahpun meninggalkan kita, bak kata pepatah yang datang pasti akan pergi. Bulan yang menjanjikan seribu macam keistimewaan itu sudah berlalu pergi dan seiring dengan itu pula kita menyambut kedatangan Aidilfitri. Kita raikan Aidilfitri dengan takbir, tasbih dan tahmid, iaitu bulan yang sering kita kaitkan dengan bulan kemenangan. Namun sepanjang menyambut…

Menilai Kualiti Puasa Lalu

Aidil Fitri seharusnya memberikan seribu satu kegembiraan kepada kita dan seluruh umat Islam. Ibarat meraikan kemenangan yang dianugerahkan kepada setiap Muslim selepas melalui satu kem ibadah dan disiplin diri. Melalui Firman Allah SWT, Sunnah Rasulullah dan pelbagai hikmah yang ditemui di sebaliknya, berbagai-bagai kiasan dan tafsiran diberi kepada Ramadan dan ibadah puasa. Sehubungan dengan itu,…

Apakah Yang Anda Lakukan Untuk Sekolah Anak Anda?

Ketika Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa sering bertanya mengenai apakah yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak mereka.Namun, pernahkah para ibu bapa bertanya apa pula sumbangan kita kepada sekolah anak-anak kita itu? Dua bulan lalu, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar kita mencontohi masyarakat…

Menggilap Erti Kemerdekaan

Walaupun sambutan kemerdekaan ke 52 kali ini tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya, namun hakikat kefahaman terhadap kemerdekaan itu sendiri tidak seharusnya diabaikan.  Rata-rata rakyat memahami bahawa wabak H1N1 yang menyerang tanahair mutakakhir ini sehingga sambutan kemerdekaan itu sendiri terpaksa diubahsuai adalah sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.   Namun seharusnya diambil perhatian bahawa tidak memahami hakikat kemerdekaan adalah…

Bila Patriotisme Semakin Luntur

Ujar Ibnu Khaldun secara fitrahnya setiap peradaban bangsa akan melalui tiga zaman atau peringkat; kemunduran, kemewahan dan kehancuran. Peringkat atau zaman kemunduran merupakan proses perjuangan mempertingkatkan keadaan hidup yang mundur, daif atau terjajah kepada keadaan yang merdeka, lebih aman, selesa, maju dan seimbang. Apabila peringkat yang seimbang telah dapat dicapai, maka warga bangsa akan meneruskan…

Cabaran Pengurusan Krisis H1N1

Jika kita ditanya tentang kementerian manakah yang paling sibuk sekarang ini, jawapannya tentulah Kementerian Kesihatan. Ini berikutan penularan virus influenza A (H1N1) di negara ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merujuk penularan ini sebagai satu pandemik di mana ia telah melanda lebih 170 negara. Sehingga 6 Ogos 2009, pertubuhan ini melaporkan sebanyak 177457 kes telah dikesan dengan 1462…

Kemahiran Pengurusan Kewangan Penting Untuk Elak Hutang

Baru-baru ini dilaporkan bahawa begitu ramai penjawat awam yang berhutang untuk membeli rumah dan kenderaan. Penulis pasti ini bukan masalah para penjawat awam sahaja. Adalah lazim untuk kita berhutang bagi membeli kedua-dua harta ini kerana harganya yang tinggi. Malah, berhutang untuk memiliki rumah dan kenderaan dianggap wajar kerana kedua-duanya merupakan keperluan dalam hidup kita berdasarkan…