Bajet 2003 Mesra Keluarga

Banyak sekali cadangan yang dibuat dalam Bajet 2003 yang mendatangkan manfaat kepada keluarga. Yang paling ketara, kakitangan awam lelaki yang isterinya bersalin, akan diberi cuti sehingga tujuh hari bagi membantu meringankan urusan keluarga. Bagi para pengkaji keluarga yang sedang memikirkan cara bagaimana meningkatkan peranan kebapaan dalam rumah tangga, ini adalah satu hadiah yang amat besar…

Kemerdekaan Boleh Hilang Jika Tidak Dijaga

Kemerdekaan memberi erti yang sangat bermakna kepada sebuah negara. Masyarakat Islam di peringkat permulaan di Mekah tidak dapat mengecapi makna kemerdekaan. Nabi sendiri tidak bebas menyebarkan ajaran Islam – terpaksa dilakukan secara senyap-senyap. Penganut Islam tidak bebas melakukan suruhan agama. Bahkan golongan tertentu menyeksa orang yang memeluk agama Islam seperti yang berlaku ke atas Bilal…

Menanam Minat Terhadap Sains

Kini ramai yang memperkatakan tentang pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang akan bermula tahun hadapan. Ramai yang bimbang dasar ini akan menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat menguasai kedua-dua subjek tersebut hanya kerana anak-anak mereka tidak menguasai bahasa Inggeris. Sebenarnya, kejayaan atau kegagalan pelajar menguasai sesuatu subjek bukan hanya terletak pada kemahiran mereka…

Perlembagaan Tidak Halang Islam

Mengikut Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berbanding dengan beberapa negara Islam lain dalam OIC tidak banyak perbezaannya. Hanya Perlembagaan Republik Turki sahaja secara nyata meletakkan negaranya negara sekular. Ini terdapat dalam Perkara 2: The Republic of Turkey is a democratic, secular and social state (Republik Turki ialah negara…

Negara Kebajikan Rapuhkan Institusi Keluarga

Sehari dua ini kita difahamkan bahawa masalah sosial seperti sumbang mahram, delinkuen di kalangan remaja, keruntuhan akhlak, perceraian dan seumpamanya yang berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini berpunca daripada kerapuhan institusi keluarga. Maka, apakah jika masalah sosial ini tidak ada atau berkurangan, ini bermakna institusi keluarga kita juga berada pada tahap yang kukuh? Tinjauan kepada…

Memahami Konsep Membanteras Jenayah

Perkataan jenayah dalam Islam mengandungi pengertian yang am dan khusus. Secara amnya ia bererti sesuatu yang tidak baik dilakukan dan ia merangkumi dosa. Dari segi perundangan apa sahaja yang dilarang dalam Islam, jika dilakukan ia adalah satu dosa dan dengan itu boleh ditakrifkan sebagai jenayah dan mempunyai implikasi-implikasi tertentu dari segi hukuman. Jenayah hudud adalah…

Hubungan Islam dengan Ahlul Kitab

Islam adalah antara agama-agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Di samping Islam, terdapat agama-agama wahyu lain seperti Yahudi dan Nasrani (Nasara). Masing-masing mempunyai kitab iaitu al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur. Nabi bagi orang Islam ialah Muhammad s.a.w., nabi bagi agama Yahudi ialah Musa dan bagi orang Nasrani adalah Isa. Dalam…

Pertembungan Etika dengan Akhlak

Salah satu aspek yang sangat diberi perhatian oleh Islam bagi memastikan supaya perjalanan sistem hidup manusia dapat berlangsung dalam suasana yang sihat dan harmoni ialah kesempurnaan akhlak. Ini kerana akhlak yang baik dan mulia sahaja dapat menjamin kesejahteraan dan kejayaan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Secara umumnya akhlak boleh dipecahkan kepada dua…

Akhlak dalam Melayan Kerenah Isteri

Sabtu ini kita akan menyambut Maulidur Rasul dengan tema Bersama Hayati Keindahan Islam. Keindahan Islam ini terkandung dalam ajaran-ajarannya yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Malangnya, keindahan ini amat sukar untuk dilihat kerana akhlak orang Islam tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenarnya. Justeru, sempena sambutan Maulidur Rasul ini, kita perlu membulatkan tekad untuk mencontohi akhlak…

Pihak Yang Layak Mengurus Wakaf

Negara kita baru saja selesai menjadi tuan rumah kepada Muktamar Ketujuh Menteri-Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam. Persidangan ini sudah tentulah penting bagi usaha meningkatkan lagi kelicinan dan kecekapan pengurusan dan pembangunan harta wakaf di dunia Islam. Institusi wakaf itu sendiri adalah merupakan satu institusi yang telah memainkan peranan besar di sepanjang sejarah tamadun Islam…