Memanfaatkan Peninggalan Ulama

`Abdullah bin Zaid al-Jarmi atau lebih dikenali sebagai Abu Qilabah, tabi`in yang merupakan ahli Hadith kelahiran kota Basrah pernah mengungkap dengan indahnya, “Perumpamaan ulama adalah seumpama bintang-bintang yang dijadikan panduan buat menunjuk arah.  Pun jua seperti panji-panji yang dijadikan panduan atau sandaran.  Seandainya ia (bintang-bintang atau panji-panji) tiada atau hilang, bingunglah manusia jadinya.  Seandainya pula…

Hikmah Di Sebalik Aidiladha

Hari ini tanggal 10 Zulhijjah merupakan hari yang cukup bermakna bagi umat Islam di seluruh dunia kerana sekali lagi berpeluang meraikan sambutan Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Aidil Adha merupakan antara hari kebesaran Islam yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hamba-Nya setelah berjaya menunaikan perjuangan ibadah yang cukup besar yakni ibadah haji. Hari Raya Korban…

Kembara Ilmiah Mencari Kekuatan China

“Tuntutlah ilmu sekalipun di negeri China.” Kembara merupakan unsur penting dalam tradisi keilmuan Islam. Melaluinya seseorang itu dapat melihat keluasan alam yang diciptakan oleh Allah S.W.T., disamping memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Imam al-Shafi‘i r.a. menukilkan di dalam sha‘irnya, “Orang yang berakal dan berbudaya takkan tenang berdiam di satu tempat. Maka, tinggalkanlah kampung halaman dan…

Sambutan Kemerdekaan Menyatukan Umat

Kita menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos saban tahun setelah British secara rasminya menyerahkan tampuk pemerintahan Tanah Melayu kepada rakyat tempatan pada 31 Ogos 1957. Sebagai masyarakat pasca merdeka dan bebas daripada penjajahan kuasa asing, kita menyambut hari kemerdekaan dengan tujuan mengenang kembali jasa tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk memerdekakan tanahair.  Tokoh-tokoh ini seperti negarawan…

Vaksin Halal, Muslim Harus Terkehadapan

Imunisasi atau vaksinisasi merupakan salah satu cara yang efektif  untuk perlindungan kanak-kanak mahupun masyarakat secara umumnya daripada penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksin. Mutakhir kini, trend ibu bapa yang gusar dengan program vaksinasi yang dilaksanakan oleh kerajaan menunjukkan peningkatan. Natijahnya, penyakit  berjangkit yang sebelum ini dapat dikawal, telah muncul kembali dan menjadi ancaman kepada…

Cantik: Di Mana Tahap Kesedaran Pengguna?

Produk kesihatan dan kecantikan dilihat mendominasi pasaran tempatan pada hari ini. Permintaan untuk menjadi lebih cantik dan anggun semakin meningkat menjadikan penawaran terhadap produk-produk sedemikian berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Dominasi produk-produk kesihatan dan kecantikan bertambah hebat dengan perkembangan media sosial pada hari ini, menyebabkan ia menjadi popular dan disebut-sebut oleh masyarakat. Trend sebegini…

Perlukah Rumah Perlindungan Lelaki?

Idea untuk membina rumah perlindungan khas bagi lelaki mungkin disambut dengan senyuman sinis oleh sesetengah pihak. Persis lelaki di Malaysia sudah hilang kejantanannya. Seolah-olahnya budaya Timur yang bersifat patriaki khususnya yang lahir daripada Adat Temenggong dalam budaya hidup masyarakat Melayu sudah lenyap dan pupus. Malah dilihat dayus kerana membenarkan diri untuk didera oleh isteri atau…

Mengharmonikan Perbezaan Pandangan Dengan Kekuatan Ilmu

Manusia merupakan makhluk yang mempunyai bentuk fizikal dan minda yang berbeza-beza.  Dari aspek fizikal sudah tentu ada yang rendah, tinggi berkulit putih gelap, berbadan kurus, gemuk dan sebagainya.  Dari aspek minda, mereka juga biasanya ada perbezaan tafsiran dalam menanggapi sesuatu perkara. Dalam agama Islam Allah menegaskan bahawa manusia itu sebenarnya merupakan satu kesatuan ummah.  Pada…

Alam Terjejas, Kesihatan Terancam

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab; Sesungguhnya kami adalah orang yang hanya membuat kebaikan. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.” Peringatan daripada Allah ini dirakamkan dalam surah al-Baqarah ayat 11-12. Kerosakan yang berlaku pada hari ini tidak pun disedari oleh…

Bersatu Menentang Keganasan

Fitnah dan cemar yang diakibatkan oleh kumpulan militant IS begitu besar terhadap agama.  Kekejaman dahsyat yang dilakukan atas nama agama Islam, disasarkan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa, dan negara.  Justeru, seluruh dunia seolah-olah disatukan bagi menghadapi dan “menewaskan” kumpulan militan yang mula dikenali dunia antarabangsa pada tahun 2014 itu.  Malah, dunia juga seakan-akan…