Islam Dan Perubahan Zaman

Tidak dapat dinafikan bahawa manusia dan persekitarannya telah melalui perubahan demi perubahan dan akan sentiasa melaluinya tanpa henti. Pada hari ini kita menyaksikan perubahan itu berlaku dengan begitu pantas sekali dalam segenap unsur kehidupan, termasuk kehidupan beragama. Adakah perubahan zaman, dan kemunculan masalah-masalah baru yang bersangkut-paut dengan perubahan itu, alasan yang sah untuk merubah atau…

Wajarkah Suami Menjadi Suri Rumahtangga?

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa bilangan suami yang menjadi suri rumahtangga semakin meningkat. Ini bermakna, suami berhenti bekerja dan menjadi pengurus rumahtangga, manakala isteri meneruskan kerjayanya di luar rumah. Walaupun tiada data rasmi mengenainya, namun dipercayai bahawa semakin banyak pasangan suami isteri yang membuat keputusan seperti ini dalam usaha untuk menjayakan perkahwinan mereka.…

Fatwa Perlu Selari Keperluan Semasa Sempena Pelancaran Sudut Hukum IKIM

Fatwa merupakan jawapan berdasarkan hukum syarak terhadap persoalan yang menjadi kemusykilan. Orang yang memberikan jawapan tersebut pula ialah mufti. Mufti hendaklah seorang yang memiliki ilmu pengetahuan syariah yang luas kerana jawapannya hendaklah berdasarkan dalil dan hujah hukum syarak. Di Malaysia, institusi fatwa dan mufti ditubuhkan di bawah Akta atau Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam negeri-negeri. Fatwa…

Galak Derma Organ

PADA 29 Oktober 1996, Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah menganjurkan seminar tentang pendermaan organ. Antara tujuannya ialah untuk memberi penjelasan serta meningkatkan kefahaman tentang kedudukan rawatan pemindahan organ dari sudut pandangan Islam. Kertas kerja seminar tersebut telah pun dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1998 bertujuan untuk menyebarluaskan lagi maklumat dan kefahaman sebenar mengenai perkara ini.…

Azam Baru Wawasan Intelektual Muslim

Satu cabaran yang perlu disahut oleh para cendekiawan dan ilmuwan Muslim pada tiap kali sambutan tahun baru atau abad baru ialah menawarkan tamadun Islam sebagai alternatif kepada zaman yang serba canggih ini. Oleh yang demikian, kebangkitan semula Islam yang didokong oleh umat dan cendekiawan Muslim mestilah berupaya mengembalikan kedudukan sebenar umat Islam sebagai khayran ummatan…

Pendekatan Perundingan Perlu Nafas Baru

Masihkah kita ingat ketika jerebu melanda negara kita baru-baru ini?. Dengan pandangan yang kabur dan terhad, nafas menjadi sesak kerana habuk dan bau yang tidak menyenangkan, semua amalan menjadi terbatas dan serba tidak kena. Begitulah keadaan sekiranya sesuatu keputusan dibuat tanpa pengetahuan dan keutamaan yang jelas. Suasana ini tidak jauh bezanya dengan kemelut yang berlaku…

Iman, Takwa Teras Tamadun Bangsa

IMAN ialah syarat Islamnya seseorang. Ia adalah kepastian tentang wujudnya Allah s.w.t sebagai Pencipta. Selebihnya ia juga membawa manusia kepada penyerahan diri terhadap Allah. Manusia yang beriman akan mentaati perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Iman adalah asas kepada ketakwaan yang ditakrifkan oleh Sayidina Ali Abu Talib sebagai takut kepada Allah, rasa syukur atas segala nikmat…

Kesedaran Elak Perang

Ketika ini, Forum Keamanan Sejagat Perdana 2005 sedang berlangsung di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC). Mungkin, ini kali pertama forum besar maknanya dalam soal keamanan dunia dibincangkan dan diadakan pula di Malaysia. Tujuan penganjuran forum ini sungguh jelas, iaitu untuk berbincang tentang keamanan dan mengutuk kekerasan serta peperangan. Bukan calang-calang tokoh yang dijemput untuk memberikan…

Mengejar Kejayaan Berteras Islam

MENGIKUT Wawasan 2020, Malaysia akan mencapai status negara maju dalam tempoh 15 tahun lagi. Namun, beberapa buah negeri di Malaysia telah berazam untuk mencapai status negeri maju lebih awal daripada itu. Misalnya, Kedah dan Melaka yang sama-sama menjadi sasaran pencapaian status negeri maju pada 2010. Berbanding negeri-negeri lain, Selangor telah lebih awal mengisytiharkan pencapaian status…

Ambil Positif Budaya Modenisme

GAMBARAN kehidupan umat Islam pada masa ini seolah-olah membayangkan bahawa kita tidak mempunyai identiti yang dapat ditonjolkan setanding dengan umat Islam di abad ke-12. Barangkali ini adalah keluhan dan kebimbangan dilahirkan oleh rata-rata umat Islam yang sedar dan celik terhadap perubahan semasa. Suasana kemerosotan identiti ini sangat dirasai terutamanya di zaman perkembangan tamadun manusia yang…