ADAB SOPAN HARUSLAH DIJAGA

Dalam menghadapi cabaran dunia moden hari ini, satu perkara penting yang harus wujud dalam kehidupan kita, khususnya orang-orang lslam, ialah adab dan tatacara kelakuan yang baik. Kalaupun banyak perkara lain yang telah luntur dan merosot dari kehidupan orang lslam seperti nilai kebendaan,ilmu pengetahuan dan penguasaan teknologi serta lain-lain lagi, maka seboleh-bolehnya kita haruslah mempertahankan “adab”…

ISU AGAMA PERLU DIBINCANG

Walau apapun tanggapan tentang isu murtad dan mayat bertukar menjadi khinzir yang diheboh-hebohkan selama ini, saya fikir umat lslam di Malaysia perlu diberi penjelasan yang terang dan telus tentang perkara ini. Isu-isu ini harus difahami dengan semasak-masaknya dan dengan segala fakta dan buktinya, supaya ianya dapat diselesaikan dengan baik dan memuaskan semua pihak. Pihak-pihak yang…

ISLAM KE HADAPAN ATAU KE BELAKANG?

Hendaknya kenyataan Syeikh Al-Azhar yang tersiar di dalam akhbar pada 19 Ogos, 1998 tentang kesederhanaan dalam Islam tidak pula menimbulkan salah faham dan dikelirukan pengertian serta konsepnya oleh mana-mana pihak, atau ditafsirkan sebagai satu kelonggaran terhadap ajaran Islam. Hal ini sering dijadikan isu oleh sesetengah orang Islam sendiri tanpa mengkaji secara menyeluruh tentang konsep kesederhanaan…

BAHASA DAN MEDIA ELEKTRONIK

Manusia sering meminta bukti dan mengemukakan banyak persoalan sebelum mempercayai sesuatu dan mengimaninya. Demikian pulalah dengan kewujudan dan kekuasaan Allah SW.T., maka manusia sering bertanyakan Rasul-Rasul utusan-Nya tentang bukti dan tanda-tanda kekuasaan Allah S. W. T. kerana manusia lebih cenderung melihat dan merasa bukti fizikal dan lahiriah dari hanya bukti kerohanian dan mental atau pemikiran.…

PEMIMPIN ALAF BARU

Dunia hari ini menghampiri abad ke dua puluh satu, iaitu dalam jangka masa yang tidak melebihi dua tahun akan datang, dunia kita akan berada di abad baru, dan alaf baru, tahun 2000. Abad ini, iaitu abad ke dua puluh, sering disifatkan sebagai abad yang paling ganas dalam sejarah umat manusia. Walaupun dunia tidak mengalami peperangan…

SUKOM 98 DAN NILAI AGAMA

Menjelang SUKOM 98 tentulah terdapat banyak negara Komanwel yang akan memfokuskan liputan berita mereka di sekitar temasya sukan tersebut untuk sekian juta penduduk negara masing-masing. Malaysia dengan itu akan menjadi objek pemerhatian dan tumpuan jutaan penduduk dunia sebagai negara penganjur, yang kita harapkan mencapai kejayaan cemerlang dalam mengurus dan menjayakan sukan tersebut, sekali gus menempah…

MEMAHAMI SAINS DAN TEKNOLOGI

Dalam zaman ini, ketika dunia dibangunkan dengan begitu pesat melalui sains dan teknologi, maka keperluan umat Islam kepada ilmu ini tentulah tidak wajar dipersoalkan lagi. Perdana Menteri dalam ucapannya di Majlis Makan Malam bagi melancarkan Langkawi International Islamic Science and Technology Exhibition and Conference (LISTEC ’98) pada 13 Julai 1998 lalu menegaskan bahawa terdapat kalangan…

DRAMA DAN PEMBINAAN MINDA

Ketika membicarakan tajuk globalisasi dan media, khususnya media elektronik, dalam program perbincangan TV Malaysia baru-baru ini, saya memfokuskan perbincangan saya antara lainnya kepada satu perkara sahaja, iaitu dalam mengimbangi di antara matlamat media elektronik untuk menghibur, memberi maklumat dan mendidik para penonton, maka isu pembangunan pemikiran dan pencanaian minda haruslah dijadikan agenda utama dalam era…

PERMAINAN BERNAMA KONTRA VERSI

Isu-isu kontraversi amat menarik perhatian ramai untuk dibicarakan dan diberi perhatian. Kadang-kadang isu kontraversi lebih menarik minat orang membicarakannya daripada isu-isu sebenar dan utama dalam sesebuah masyarakat itu. Sebab itulah isu yang dibangkitkan baru-baru ini tentang kronisme dan hepotisme amat menarik minat dan perhatian orang ramai, termasuk orang-orang yang hanya pandai menyebutnya. Tetapi tidak mengetahui…