Wujudkah Pilihan Mati Dengan Cara Terhormat (?)

Hari ini di negara kita ‘euthanasia’ atau menamatkan tempoh hayat seseorang yang mengalami penyakit yang dikatakan sukar atau tidak mungkin boleh sembuh dengan cara-cara yang sengaja (unnatural means) tidak dibolehkan oleh undang-undang.  Namun kemungkinan pesakit yang ingin mati secara bermaruah (die with dignity) dikatakan sudah ada.  Dalam keadaan ini pesakit yang berkenaan boleh memberi panduan…

Isu Merotan : Memenuhi Tuntutan Agama atau Perjanjian Antarabangsa?

Minggu lalu berakhir dengan pelbagai kisah dan isu.  Kisah atlet paralimpik, Mohamad Azlan bin Mat Lazim yang terkorban dalam nahas jalan raya mencuit perasaan.  Usia muda sewaktu hayatnya dimanfaatkan untuk menghargai dan membalas jasa serta pengorbanan ibu dan bapa.  Meskipun beberapa impian besar lagi mulia tidak terlaksana namun niat suci itulah yang kekal menjadi kenangan…

Fatwa Membentuk Muafakat Ummah

Fatwa merupakan satu keperluan umat Islam.  Ia merupakan sumber pencerahan dan pendidikan sesuatu hukum syarak yang belum jelas dalam kehidupan mereka.  Ini khasnya melibatkan isu-isu baharu yang dihadapi oleh masyarakat apatah lagi dalam zaman moden yang melibatkan bidang sains, teknologi dan muamalah.  Fatwa memberi penyelesaian kepada pengurusan sesuatu isu awam yang timbul mengikut acuan yang…

Layanilah Pihak Lain Sebagaimana Kamu Ingin Dilayani

 “Layanilah pihak lain sebagaimana kamu ingin dilayani!” Seruan sedemikian, serta beraneka bentuk olahan dan pernyataannya, kerap dipetik dan dimajukan sebagai rukun persefahaman dan kerjasama antara warga pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama. Rukun tersebut juga sering dirujuk sebagai “Lunas Emas” (The Golden Rule) (diringkaskan selepas ini sebagai LE). Pada para pendokong taksub LE (disingkatkan sebagai…

Pengurusan Emosi Ketika Musibah

Pada umumnya, musibah atau bencana ialah sebarang kejadian yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diundang serta mendatangkan pelbagai kesusahan dan gangguan, kerugian dan kepayahan, malah juga kecederaan dan kematian. Ia adalah di luar dari jangkauan pemikiran dan kawalan manusia. Malah, ia juga akan mendatangkan banyak kesan yang negatif, bukan sahaja kepada persekitaran kehidupan, tetapi juga…

Tanggapan Terhadap Sampah

Tahun 2015 adalah tahun yang penting untuk pengurusan sampah di Malaysia. Ini kerana, bermula September 2015, semua pemilik premis (kecuali di Selangor dan Pulau Pinang) diwajibkan mengasingkan sampah masing-masing. Hal ini tertakluk di bawa Akta 672 atau Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, yang telah mula digunapakai sejak 2011. Oleh itu, rakyat Malaysia harus…

Tangani Institusi Keluarga Elak Keruntuhan Akhlak Remaja

Keruntuhan akhlak  remaja yang berlaku dalam negara ini bukan satu masalah baharu. Masalah ini dilihat masih berterusan hingga kini.  Secara umumnya keruntuhan akhlak merangkumi berbagai perlakuan  negatif remaja yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan  dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Kes pembuangan bayi, anak luar nikah, pecah rumah, kecurian…

Persefahaman Politik Harus Menjadi Agenda Ummah

Idea persefahaman politik adalah satu bentuk kesepakatan dan persetujuan di antara parti-parti politik serta pemimpin masing-masing tentang sesuatu isu atau perkara demi kebajikan rakyat dan kedaulatan negara. Mewujudkan persefahaman politik adalah satu perkara yang merumitkan terutama jika melibatkan perbezaan ideologi yang ketara. Di United Kingom contohnya, persefahaman politik atau ‘political consensus’ pernah menjadi sebahagian daripada…

Sekuriti Makanan: Sudut Pandang Islam

Salah satu keperluan asas manusia yang tidak boleh dipertikaikan lagi adalah makanan. Makanan merupakan satu bentuk keperluan untuk kelangsungan hidup kerana ia membekalkan zat dan tenaga kepada tubuh badan manusia. Makanan dalam Islam bukan sekadar berkisar kepada halal dan haram. Tetapi ia juga meliputi soal perlindungan dan mengurus tadbir makanan dalam sesebuah masyarakat dan negara.…