Menilai Kecantikan Yang Bererti

Seawal zaman Socrates dan Plato, manusia telah cuba mengungkap erti kecantikan. Socrates menyatakan bahawa kecantikan itu sesuatu yang sukar untuk dijelaskan. Akan tetapi anggapan Voltaire jauh lebih tegar dengan menganggap kecantikan itu sesuatu yang mustahil untuk dijelaskan. St. Augustine mengungkap persoalan ini dalam bentuk pertanyaan sekali gus pilihan; adakah kecantikan sesuatu benda itu dilihat kerana…

Perpaduan Kaum Di Malaysia : Mengharap Sinar Di Hujung Terowong

Malaysia, Truly Asia. Itulah yang diungkapkan oleh Tourism Malaysia untuk menggambarkan satu keistimewaan yang tiada di negara-negara Asia yang lain tetapi ada di Malaysia. Keistimewaan yang dimaksudkan di sini ialah kemampuan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping kumpulan-kumpulan kaum yang lain hidup bersama dalam suasana yang majmuk di dalam sebuah negara…

Rezeki Ada Di Mana-Mana

Dalam keadaan kegawatan ekonomi ini, ramai yang dibuang kerja. Perangkaan terkini menunjukkan sehingga 29 Jan 2009, seramai 10,000 orang telah diberhentikan. Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi dari apa yang dijangkakan pada awalnya di mana ada laporan mengatakan lebih kurang 4,000 orang akan dibuang kerja untuk tiga bulan pertama 2009. Walaupun ada usaha di pihak…

Isu Penggunaan Kalimah Allah

Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan…

Mencegah Sebelum Parah

Pelbagai penyakit yang timbul dasawarsa ini kadangkala terlalu membimbangkan setiap masyarakat. Namun begitu, keadaan sesuatu penyakit bergantung kepada keupayaan badan seseorang melawannya. Jika kita lihat apa yang berlaku di sekeliling, penyakit bawaan haiwan seperti nyamuk aedes juga semakin menular dalam masyarakat khususnya di negara kita. Biar pun ia merupakan angka yang kecil untuk dibilang berbanding…

Tarik Nafas Panjang

Kebanyakan ibubapa pasti dapat membayangkan bagaimana keadaannya apabila seorang anak kecil terhantuk kepalanya kepada bucu meja, ataupun tersengguk dagunya kepada meja kopi, dan apa yang kelihatan seolah-olahnya berlaku dalam suatu jangkamasa panjang-antara muka yang kemerahan kerana terkejut, nafas tertahan, manakala si ibu menantikan terhamburnya deraian air mata si anak, dan jeritan si anak. Hakikatnya saat…

Perancangan Perlu Demi Kelancaran dan Keselesaan Hidup

Sebagai manusia, kita bertanggungjawab menjadikan kehidupan kita sebagai sesuatu yang bermakna dengan mewujudkan cita-cita dan matlamat unggul, dan berusaha dengan bijak dan bersungguh-sungguh demi mencapainya. Tanpa menafikan bahawa makna kehidupan adalah untuk menikmati keindahan yang terdapat di dalamnya. Apa pun yang perlu kita lakukan atau apabila kita mempunyai kehendak, membuat perancangan adalah perkara yang sangat…

Melemahkan Yahudi dan Amerika Syarikat Menerusi Kekuatan Kepenggunaan dan Kuasa Ekonomi

Hati sangat sayu tatkala melihat gambar-gambar penderitaan penduduk Palestin akibat kekejaman tentera Israel. Jika sebelum ini mereka membina tembok menyekat pergerakan penduduk Gaza dan menafikan bekalan perubatan serta bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin, sekarang Israel semakin bernafsu untuk terus melakukan ‘pembersihan etnik’ penduduk Palestin melalui kekuatan ketenteraan. Pada masa yang sama, timbul rasa jelek dengan…

Pekak, Bisu, dan Buta

Zaman masakini merupakan zaman yang paling buruk. “Pekak, bisu, dan buta, mereka tidak akan kembali (ke jalan yang benar)” (2/al-Baqarah:18). Apa yang dicari setiap manusia ialah cahaya kebenaran dan keselamatan; apa yang dia nyalakan ialah api. Nyalaan api itu menghasilkan kejutan dan kekaguman serta memenangi pujian semua. Namun, oleh kerana api itu bersifat sementara, pujian…