HARI RAYA PENGHUBUNG UMMAH

Tidak berapa hari lagi, umat lslam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari raya ini disambut dengan begitu meriah sekali bagi meraikan kemenangan umat lslam setelah selesai menunaikan ibadat puasa selama sebulan. Puasa yang bertujuan untuk membentuk peribadi Muslim yang sebenar diharapkan dapat mencapai matlamatnya. Adalah diharapkan keperibadian Muslim yang cuba
dibentuk itu dapat dikekalkan dan tidak runtuh bersama datangnya fajar Syawal…

Pemimpin Dan Orang Ramai

Pimpinan dalam Islam adalah pimpinan yang merangkumi kedua-dua bidang fizikal dan kerohanian yang berasaskan kepada ajaran-ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Pemimpin dalam hal ini, dipandang dari perhubungannya dengan orang-orang yang dipimpinnya adalah ibarat seorang bapa dalam satu keluarga. Ia tentulah mempunyai hubungan yang rapat dengan setiap orang anggota keluarganya, iaitu perhubungan yang menjamin kebahagiaan dan kebajikan mereka, bukan hanya dari segi lahir atau kepentingan kebendaan semata-mata, tetapi juga dari segi perasaan, kepuasan hati dan jiwa, dan sebagainya…

Negara Islam perlu lebih berperanan di PBB

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri mengenai perlu PBB dirombak semula melihat kepada ketidakadilan yang dilakukan merupakan perkara yang menarik dalam arena politik antarabangsa. Dunia telah sedar bahawa PBB tidak memainkan peranannya yang sebenarnya sebaliknya menjadi a~at kuasa besar terutamanya pihak barat dan yang menjadi mangsanya adalah negara-negara Isiam dan negara­negara membangun yang rata-ratanya mundur dan miskin.…

Keamanan sejagat, tuntutan Islam

Manusia moden yang punya keupayaan berfikir dan teknologi tinggi lagi canggih masih juga bersengketa dan berperang di beberapa daerah dunia. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan konflik baru di Semenanjung Arab melibatkan dua buah negara Islam yang mempunyai sengketa politik iaitu Yemen Utara dan Y ern en S~latan. Kita masih dihujani oleh berita-berita konflik baru di kawasan…