Bahaya Masyarakat Yang Mementingkan Kebendaan

Masyarakat Malaysia kini menjadi semakin kebendaan/ materialistik. Seseorang itu biasanya akan dinilai melalui kereta apa yang dipakai, rumah bagaimana yang didiami serta di mana, jenama pakaian  yang dipakai. Budaya bermewah-mewah amat digemari seperti berbelanja di tempat-tempat eksklusif dengan mempamerkan kad kredit di sana sini. Apa yang jelas kejayaan seseorang itu banyak diukur dari aspek kebendaan.…

Individu Istimewa dalam Islam

Dalam masyarakat kita, individu istemewa itu lebih merujuk kepada individu yang berbeza dari individu atau orang lain yang normal. Dalam erti kata yang lain, individu istimewa ialah mereka yang mempunyai kecacatan atau mereka yang tidak memiliki keupayaan secara normal seperti individu normal yang lain. Atas sebab ini jugalah mereka itu digolongkan ke dalam kategori individu…

Tarbiah Ramadan Pastikan Berkekalan

Ramadan, tetamu istimewa lagi mulia yang membawa limpahan kurniaan, keampunan, dan keuntungan telah pun berlalu meninggalkan kita.  Meneladani amalan para sahabat dan generasi Islam terdahulu, doa seharusnya dipohon kepada Allah S.W.T. agar segala ibadah dan amal salih yang telah dilaksanakan diterima oleh-Nya.  Dengan demikianlah diharap kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang dianggap berjaya (al-fa’izin) dan…

Syawal: Mengekalkan Momentum Muhasabah dan Ibrah Ramadhan

Kehadiran bulan Syawal yang dinanti amat dihargai namun kehilangan Ramadhan yang berlalu pergi pasti dirasai. Menyambut Syawal harus disertai dengan rasa syukur, gembira dan tenang setelah melalui latihan pendidikan selama sebulan di bulan Ramadhan. Aidilfitri tidak wajar hanya disinonimkan dengan kegembiraan namun harus bermuhasabah dalam diri, apakah makna keseronokan dan kegirangan hari keraian tersebut? Allah…

Bermuhasabah perihal Muhasabah

Ramadan 1435 Hijriah tinggal kurang-lebih seminggu lagi. Sudah kerap dinasihatkan agar muhasabah diri (muhasabat al-nafs) dipergiatkan sepanjang bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Malangnya, sebagaimana yang lumrah berlaku pada perkara-perkara yang lazim dituturkan, makna dan semangat asal peringatan sedemikian mudah hilang atau dialpakan. Yang tinggal hanya laungan kata-kata sebagai bunyi penghibur telinga semata. Sesungguhnya…

Kepatuhan Kepada Undang-undang Perlu Kepada Kesedaran Manusia

Masyarakat inginkan satu kehidupan yang teratur dan beperaturan. Dalam konteks negara, undang-undang dan peraturan dibuat oleh pihak berwajib untuk mewujudkan masyarakat aman. Pun begitu, sudahkah memadai dengan ada undang-undang maka ia dapat menyelesaikan, menyusun kehidupan masyarakat dan mampu menyelesaikan kemelut ummah?. Jawapannya tidak, walaupun dengan ada undang-undang sebaik mana pun, jika ia tidak dapat dipatuhi.…

Isu Babi : Dimana Tahap Kepeduliaan dan Keberagamaan Kita?

Isu DNA babi yang masih berlegar di negara kita banyak menyerlahkan kepelbagaian pendapat, idea, dan suara hati masyarakat. Masing-masing mempunyai hujah dan pandangan tersendiri. Keprihatinan dan kepedulian masyarakat Islam terhadap tahap kehalalan sesuatu produk makanan dan kegunaan harian haruslah dipuji. Ia benar-benar mencetuskan polemik terhangat di ruangan media mahu pun menjadi bualan mulut masyarakat. Sensitiviti…

Krisis Keyakinan Pengguna di Malaysia Umpama Tiada Noktahnya

Negara kita dikejutkan dengan isu coklat yang dikatakan mempunyai DNA babi. Sudah bertahun-tahun coklat tersebut berada di pasaran tiba-tiba ia diumumkan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada yang telah membeli coklat tersebut dengan kuantiti yang banyak semasa bercuti ke tempat bebas cukai. Mereka rasa serba salah samada hendak dibuang coklat yang dibeli memandangkan…

Rasuah Untuk Melicinkan Urusan?

Laporan Kajiselidik Malaysian Corruption Barometer (MCB)  2014 yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia baru-baru ini mendedahkan bahawa  daripada 12 institusi yang dikaji, parti politik dianggap sebagai  institusi yang paling tinggi mengamalkan rasuah di Malaysia. Ini diikuti oleh institusi polis, perkhidmatan awam, badan kehakiman, parlimen dan sektor korporat/perniagaan. Dari sudut makroekonomi, keenam-enam institusi yang dinyatakan di…