Hadanah demi Kesejahteraan Generasi Muda

Hati seorang ibu mana yang tidak terusik melihat satu kejadian di kaca televisyen swasta pada minggu lepas, adegan yang sangat dramatik dan mengharukan apabila melihat seorang ibu yang terpaksa menyerahkan kelima-lima puteranya kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan kesempitan dan desakan hidup. Anak-anak itu dalam keadaan yang kurang terbela disebabkan si ibu tidak mempunyai…

Komitmen Individu Landas Peribadi Unggul

Telah hampir dua minggu berlalunya seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar ahli-ahli parti itu membantu dan membentuk masyarakat Melayu supaya memiliki personaliti unggul. Personaliti unggul ini merujuk kepada personaliti yang berjaya dalam bidang yang diceburi, pada masa yang sama mempunyai akhlak yang baik dan berhemah tinggi. Sejak itu, ramai yang memberi pandangan,…

Penghijrahan Sikap, Minda Ummah Hadapi Persaingan

Hijrah merupakan satu peristiwa amat penting dalam kehidupan orang Islam kerana terkandung di dalamnya pelbagai amanat dan pengajaran. Penghayatan yang penuh bermakna terhadap peristiwa ini sebenarnya mampu mencetuskan pelbagai sumber inspirasi dalam kehidupan seluruh masyarakat. Sebagaimana hijrah Nabi Muhammad itu telah membawa banyak perubahan dan kemajuan dalam diri dan kehidupan Baginda s.a.w serta di kalangan…

Islam Hadhari Perlu Difahami Semua Lapisan Rakyat

Dalam era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam telah diketengahkan. Ia dilaksanakan khususnya dalam sektor perkhidmatan awam. Berikutan dengan itu bercambahlah ceramah-ceramah diadakan di jabatan-jabatan kerajaan pada ketika itu. Ada yang mengadakan di waktu rehat dan inisiatif ini diambil oleh badan-badan kebajikan. Ada yang diadakan di sebelah pagi pada waktu pejabat. Ada…

Budi Bahasa Cermin Peradaban Bangsa

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita perlu disambut dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bermula dari kempen, ia perlu dibudayakan secara berterusan dan seterusnya dijadikan sebagai warisan yang hidup kembali malah seharusnya menjadi darah daging masyarakat kita. Selanjutnya, pertuturan yang penuh budi bahasa perlu disambut dan dibalas dengan budi bahasa juga. Sebaliknya, jangan memperleceh atau menganggap orang yang…

Tsunami Menginsafkan

Walaupun fenomena bencana alam bukanlah perkara baru di negara kita, tragedi yang berlaku kali ini merupakan satu kejadian yang seolah-olah telah mengejutkan kita daripada terus dibuai `mimpi yang indah’. Secara tradisinya, Malaysia telah lama dikenali sebagai sebuah negara yang selamat disebabkan oleh faktor kedudukan geografinya yang terlindung daripada ancaman semula jadi oleh gugusan Kepulauan Melayu.…

Kebebasan Beragama Terus Dijamin

Pada hari Isnin yang lepas, saya terbang ke Kota Kinabalu menaiki pesawat Airbus 330-200. Penumpang terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah pelancong asing. Menuju ke Negeri Di bawah Bayu ini untuk mengurus pelaksanaan Seminar Harmoni Keagamaan di Malaysia yang diadakan pada 21 dan 22 Disember lalu. Bersama-sama saya ketika itu beberapa orang pembentang kertas kerja. Mereka…