Memasyarakatkan Sains , Menyemarakkan Tradisi Ilmu

Iqra’ yang membawa maksud bacalah merupakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Bertitik tolak dari saat itulah, pengembangan ilmu bermula. Wahyu yang mengajak umat manusia agar terus meneroka ilmu melalui pembacaan, pemahaman kemudian mengamalkannya dan seterusnya menyebarkan ilmu agar setiap hati sentiasa mengakui akan kebesaran Allah. Al Quran…

Bila Bank Mengambil Balik Payungnya

Ada orang mengatakan bahawa bank itu ibarat sebuah badan yang memberi pinjam payung kepada orang ramai semasa cuaca baik dan mengambilnya semula apabila hari mula hendak hujan. Melihat kepada kesukaran segelintir ahli masyarakat untuk mendapatkan pinjaman yang akhirnya memaksa mereka meminjam dengan ah long, secara sepintas lalu, pandangan ini ada kebenarannya. Masalah bank yang keberatan…

Pendidikan Seks? Mengapa Tidak?

Apa sikap anda terhadap pendidikan seks?  Apakah anda menganggapnya sebagai sesuatu yang lucah maka ia tidak perlu disebut langsung apatah lagi direncanakan?  Atau anda merasakan ia sebagai satu keperluan apatah lagi dalam keadaan masyarakat hari ini? Sebagai ibu atau bapa, adakah anda merasakan anak-anak anda, khususnya remaja, perlu diberi pendidikan seks?  Jika perlu, siapakah agaknya yang patut memberikan…

Sampah Di Mana Kesedaran Masyarakat?

Hidup dengan sampah memang tidak mengenakkan.  Namun, dalam kehidupan seharian kita sering diwarnai dengan beraneka jenis sampah.  Manusia membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada saja kesempatan.  Natijahnya sampah di mana-mana saja ada sampah, di rumah, pejabat, kedai, pasaraya, tepi parit, tepi pantai, tepi dan dalam sungai, bahkan kini manusia sudah mula pandai membuat dan membuang sampah di…

Hakam Merawat Derita Fasakh

Setiap perselisihan rumah tangga mempunyai latar belakang yang berbeza dan tersendiri. Dan setiap individu sama ada sebagai pihak suami ataupun isteri juga mempunyai keperibadian yang berbeza. Itulah sebabnya agama Islam melalui Undang-undang Keluarganya mempunyai beberapa pendekatan tertentu untuk menyelesaikan sebarang perselisihan rumah tangga. Sekiranya sesebuah rumah tangga yang bermasalah masih mempunyai peluang dan harapan untuk…

Ilmu Yang Benar Penyelamat Manusia

Di saat kita membicarakan perkembangan pesat dan keghairahan terhadap pembangunan sekarang, samada sedar atau tidak, kita sebenarnya melahirkan manusia yang bingung dan keliru, kerana semakin rancak pembangunan fizikal yang dirancang dan dilaksanakan maka semakin rancak pula keruntuhan nilai kemanusiaan yang berlaku. Namakan saja jenis keruntuhan tersebut semuanya ada dalam pembangunan masa kini. Bermula daripada institusi…

Memanfaatkan Kegiatan Belia Demi Menuju Gagasan Baru Negara

Bersatu teguh, bercerai roboh! Begitulah gagasan Satu Belia:1Malaysia yang cuba diterapkan dalam penyusunan semula pembangunan belia hari ini. Seiring dengan matlamat tersebut, golongan belia yang berusia antara 15 sehingga 39 tahun adalah merupakan usia yang paling subur untuk mencapai gagasan tersebut, apatah lagi golongan ini dijangka mencecah 11.6 juta orang menjelang tahun 2010. Gagasan Satu…

Pembelajaran Sepanjang Hayat Tuntutan Islam

Laporan Paul Lengrand dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dianggap sebagai perintis kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Tetapi pembelajaran bentuk ini sebenarnya sangat tidak asing di sisi agama Islam. Kewujudan proses pembelajaran selagi hayat masih ada berlaku seiring dengan kelahiran agama Islam itu sendiri. Agama Islam tidak bermula dengan perintah penyembahan atau ketundukan…