Kitar Semula: Penjanaan Pendapatan Untuk Wanita

Amalan kitar semula merujuk kepada perbuatan mengguna semula bahan buangan untuk lain-lain kegunaan. Misalnya, menggunakan plastik bungkus barang yang kita perolehi dari kedai untuk membungkus sesuatu. Atau, menggunakan balang-balang biskut hari raya untuk menyimpan benda-benda lain. Boleh dikatakan hampir semua orang mengitar semula. Bezanya, sejauhmana kesungguhan mereka dalam usaha ini. Dengan mengitar semula, kita sebenarnya…

Pemanduan Berhemah Satu Kewajiban

Hampir saban hari termuat di dada akhbar negara kita berita kemalangan yang meragut nyawa, dan kadar kemalangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila menjelangnya hari-hari perayaan, seolah-olah musim perayaan itu menjadi perangkap maut yang hanya menunggu untuk membaham mangsa. Walaupun pelbagai iklan keselamatan jalanraya dipaparkan, kempen diperhebatkan,…

Pertambahan Pendapatan Untuk Kemakmuran Negara

Dalam kegembiraan menerima keputusan kerajaan mengenai kenaikan baru bagi gaji kakitangan awam, tidak dinafikan ia mengundang perasaan bimbang kerana ia juga membawa kebarangkalian untuk menyebabkan kenaikan harga barang. Sekiranya kenaikan harga barang ini berlaku, maka matlamat kerajaan untuk membesarkan kuasa beli bagi kakitangan awam tidak terlaksana, malah kesannya akan turut menimpa golongan yang bukan dari…

Kurangkan Sisa Matlamat Semua Pihak

Hirarki pengurusan sisa negara kita melibatkan tiga komponen penting iaitu mengurangkan sisa (reduce), mengguna semula (reuse) dan mengitar semula (recycle). Antara tiga komponen ini, mengurangkan sisa merupakan komponen yang sangat penting. Namun malangnya, komponen ini tidak begitu dikenali atau dipromosikan berbanding komponen ketiga iaitu mengitar semula. Hasilnya, kebanyakan daripada masyarakat awam lebih biasa menyebut atau…

Antara Maqasid Al-Shari’ah Dan Demokrasi Barat

Kita biasa mendengar ceramah-ceramah umum dan ucapan-ucapan yang menyanjung tinggi sifat-sifat Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai contoh teragung. Kebanyakan ucapan itu menekankan kelebihan menuntut ilmu pengetahuan supaya umat Islam berupaya membebaskan diri mereka dari kejahilan dan kemiskinan, dan seterusnya membangunkan diri mereka demi maruah umat keseluruhannya. Pada masa yang sama, di tempat-tempat lain dalam dunia Islam,…

Dapatkah Oku Menjalani Hidup Seperti Insan Sempurna Anggota Di Negara Ini?

Dalam sebuah rancangan televisyen, telah dipaparkan kehidupan seorang wanita OKU di Amerika Syarikat yang dilahirkan tanpa tangan. Namun, beliau hidup bebas seperti ahli masyarakat yang lain. Keretanya diubahsuai sehingga beliau boleh memandu (kakinya yang mengawal steering); digambarkan juga bagaimana beliau menggunakan perkhidmatan pandu masuk (drive thru’) di salah sebuah restoran makanan segera; malah digambarkan juga…

Islam, Akal, dan Bahasa

Akar-umbi Islam ialah akal dan bahasa, dan pengislaman sebagai suatu daya usaha secara sedar ke arah memenuhi tuntutan Islam yang hakiki, pada dasarnya merujuk kepada pengislaman akal dan bahasa. Seorang Muslim sejati mestilah berfikir secara Islam, yakni dia berfikir dalam suatu kerangka pemikiran yang dipancarkan oleh agama Islam. Pandangan hidupnya adalah merupakan suatu jalinan bermakna…

Anak Tidak Syar’i: Di Mana Kedudukannya?

Kebejatan akhlak dan pergaulan tanpa kawalan sesetengah ahli masyarakat boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang buruk, tidak diingini dan bertentangan dengan norma masyarakat. Dan antara kesan buruk daripada perlakuan salah ini ialah kelahiran anak luar nikah atau yang boleh diistilahkan sebagai ‘anak tidak syar’i’. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam mentakrifkan anak luar nikah sebagai anak yang dilahirkan…

Islam Hadhari Pendekatan Siasah

Sepintas lalu saya ditanya mengenai pendekatan Islam Hadhari, dan diminta menjelaskan pendekatan tersebut agar ianya membawa kepada faham yang bermakna. Ada pihak yang menyifatkan pendekatan tersebut sebagai merupakan pendekatan agama tanpa menghuraikan dengan jelas dan nyata unsur-unsur mahupun dalil-dalil yang membuktikan kesahihan dakwaan tersebut. Adakah pendekatan ini memenuhi syarat-syarat pentakrifan? Bagaimanakah pendekatan ini harus ditakrifkan?…

Mengubah Minda Melayu

Sesungguhnya, kita percaya bahawa Negara Malaysia sedang berusaha mencari pendekatan yang serba baru, dan bahawa Negara ini dibawah kepimpinan Perdana Menteri berusaha mencari mereka yang serba berani dan berkebolehan melahirkan buah fikiran yang bernas yang mampu membawa kepada faham yang bermakna. Perdana Menteri sendiri pernah berkata bahawa masa untuk bertindak telahpun sampai. Sebelum kita bercakap…