Pendidikan, Kreativiti dan Ilmuwan Muslim

Pendidikan, formal atau tidak formal, merupakan salah satu sebab penting dalam usaha membentuk seorang individu yang kreatif. Oleh itu, jika kita menelusuri proses pendidikan yang dilalui pelbagai tokoh kreatif di dunia ini, pasti terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari. Dalam konteks tersebut, makalah ini membentangkan serba sedikit tentang proses pendidikan yang dilalui oleh tokoh-tokoh kreatif…

Kerakusan Nafsu vs Kesucian Institusi Kekeluargaan

“Hak asasi adik-beradik yang telah dewasa untuk menentukan sendiri hubungan seksual pilihan mereka adalah lebih penting berbanding dengan matlamat pemeliharaan keluarga yang abstrak sifatnya.”  Pendirian yang jelas mengutamakan kerakusan nafsu berbanding dengan kesucian institusi keluarga disuarakan oleh majoriti daripada keseluruhan 26 orang anggota Majlis Etika Kerajaan Jerman.   Anggota majlis etika tersebut terdiri daripada ahli akademik…

Mengarus Perdanakan Keluarga Sakinah

Dasar Keluarga Negara (DKN) yang diluluskan pada empat tahun yang lalu merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap institusi kekeluargaan di negara ini. Ia bukanlah cetusan yang terhasil hanya daripada saranan atau desakan suara-suara antarabangsa, tetapi hasil dapatan daripada sumbang saran pelbagai agensi dan wakil-wakil masyarakat negara ini sejak tahun 2001 lagi. Bermakna, tanpa pengaruh luar kita…

Hidup dan Peraturan, Bukan Gurauan

Pernahkah anda mengunjungi tempat-tempat awam yang sudah terpampang papan tanda larangan merokok tetapi, ada sahaja orang yang tanpa segan silu merokok di situ? Pernahkah anda melihat pemandu sambil lewa melanggar lampu isyarat atau memandu di lorong kecemasan? Biasakah kita melihat orang membuang sampah merata-rata termasuklah membuang sampah keluar daripada kenderaan mereka? Semua ini adalah contoh…

Apabila Nafsu Menguasai Akal

Isu kebocoran kertas Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini mendatangkan cemar dan darar yang bukan sedikit.  Maruah dunia pendidikan tercalar.  Emosi dan motivasi pelajar tergugat.  Perancangan ibu bapa tergendala.  Kos ditanggung kerajaan pula berganda.  Ringkasnya, seluruh negara tertimpa kesulitandan kerugian.  Kebocoran kertas peperiksaan khabarnya agak sering berlaku.  Bukan sahaja pada era kepesatan teknologi maklumat…

Akal dan Kemerdekaan

Saban tahun, sejak 1957, rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Negara pada penghujung bulan Ogos. Beberapa tahun kebelakangan ini, tempoh keraian tersebut merangkum bulan September, sempena peringatan ulang tahun penubuhan rasmi Malaysia. Selain acara-acara peringatan tersebut, yang sering berupa pesta raya, turut sesekali kedengaran penegasan bahawa kemerdekaan hakiki ialah kebebasan budi-pekerti dan kemandirian akal-fikri dalam menentukan…

Hakikat Cinta Sebuah Kemerdekaan

Malaysia… Di sini Lahirnya Sebuahnya Cinta merupakan tema bagi sambutan kemerdekaan bagi Malaysia untuk kali yang ke-57. Frasa ini sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada sebuah lagu dendangan penyanyi berjiwa patriotik Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang bertajuk Warisan. Bahkan lirik lagu ini juga sebenarnya menzahirkan kecintaan kepada negara oleh setiap individu yang mempunyai negara. Mungkin inilah tema yang…

Peranan Sains dan Teknologi serta Saintis di Dalam Isu Gaza

Isu Gaza dan Palestin yang begitu mendapat perhatian kita ini mengimbau semula kaitan antara sains, teknologi dan saintis di dalam memupuk keamanan. Benarkah saintis sebagai kumpulan yang mencipta berbagai teknologi di atas nama “keobjektifan yang hakiki” tidak mempedulikan hal-hal kemanusiaan yang dianggap oleh mereka perkiraan politik yang subjektif. Sekurang-kurangnya inilah pandangan para pengkritik sains dan…