Masa ‘Berkira’ Ketika Berbelanja

Kenaikan harga barangan kini adalah ekoran kenaikan harga minyak. Barang-barang yang naik harga termasuklah minyak masak, telur, ayam, daging, sayur-sayuran, kelapa dan beras – yang merupakan barangan keperluan harian. Oleh kerana setiap daripada kita adalah pengguna, kita tidak dapat lari daripada merasa terbeban akibat kenaikan harga ini. Jika dahulu, bebanan seperti ini hanya dirasai oleh…

Memahami Erti Merdeka di Sisi Agama

Kemerdekaan di sisi Islam bukan suatu perkara yang mutlak. Hakikat kejadian manusia ialah ia tetap menjadi hamba kepada Penciptanya. Walaupun demikian penghambaan manusia kepada Allah s.w.t. bukanlah bermaksud bahawa manusia itu tidak mempunyai sebarang hak untuk menjalani kehidupan dengan rasa yang tenang dan bahagia. Ia sama sekali tidak sama sebagaimana perhambaan manusia terhadap sesama manusia.…

Membangunkan Generasi Berciri ulul al-bab

Apa yang jelas kelihatan sekarang kepada dunia ialah tamadun dan kebudayaan Barat kini sedang dalam proses penurunan. Perkembangan-perkembangan yang memperlihatkan peralihan tamadun dari Barat ke bahagian-bahagian lain di Asia, meletakkan dunia di tempat yang baru dalam sejarah. Dunia yang suatu masa dulu gawat dengan suasana perang dingin kini berubah kepada babak baru ke arah pasca…

Keistimewaan Membaca Bersama Keluarga

Sambutan Bulan Membaca Kebangsaan – yang bertemakan `Rajin Membaca Pasti Berjaya’ telah masuk hari kelapan. Apakah sambutan ini membawa perubahan kepada tabiat membaca kita? Apakah kita juga meraikannya dengan mengambil daya usaha untuk mengisi masa dengan membaca? Atau tabiat membaca kita sama sahaja seperti bulan-bulan yang lain – kurang membaca? Masyarakat Islam tiada alasan untuk…

Anjur Konsep ‘aqilah ke atas Pesalah

Kes buli di sebuah sekolah agama di Pahang sangat memalukan hingga Sultan Ahmad Shah sebagai ketua agama negeri mengelola dan mengendalikan sendiri `mahkamah terbuka’ bagi mencari punca kejadian. Kesalahan buli di sisi Islam mungkin boleh dilihat di bawah kesalahan hirabah, iaitu salah satu daripada kesalahan hudud. Secara bahasa atau literal, hirabah bermaksud serang. Berdasarkan perbincangan…

Penagih Lebih Sesuai Dibekal Metadon

Lebih kurang dua minggu yang lalu, Menteri Kesihatan mengumumkan cadangan kerajaan untuk menggunakan pendekatan pengurangan risiko dalam mengurangkan kadar jangkitan HIV. Oleh kerana golongan yang berisiko tinggi ialah para penagih yang menyuntik dadah ke tubuh mereka, maka kaedah yang akan dilaksanakan oleh kementerian ini adalah dengan pemberian jarum suntikan, metadon dan kondom kepada golongan yang…

Menjamin Keharmonian Hubungan Industri

Konsep perhubungan perindustrian pada hakikatnya terbahagi kepada dua. Pertama, interaksi di antara hamba dengan Pencipta, kedua, interaksi antara manusia sesama manusia. Setiap individu tidak terkecuali daripada kedua-dua perhubungan ini sama ada secara sedar atau sebaliknya. Kefahaman konsep ini amat penting dalam urusan seharian antara pekerja dan majikan bagi menjamin keharmonian industri. Sifat hormat sesama kita…

Kepentingan Usahawan Bioteknologi kepada Islam

Ramai yang menyatakan bahawa banyak hasil penyelidikan dalam bidang bioteknologi misalnya yang hanya menjadi bahan rujukan di dalam jurnal-jurnal ilmiah semata-mata. Tidak banyak hasil penyelidikan ini yang dikomersialkan. Jika pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan bioteknologi gagal dilaksanakan, maka bidang ini tidak akan dapat menyumbang ke arah pengukuhan K-ekonomi. Beberapa sebab dikenal pasti sebagai punca hasil…

Kriteria Kualiti Hidup Berkeluarga

Pada 17 April lalu, Perdana Menteri menyeru agar rakyat Malaysia mewujudkan keluarga bahagia. Seruan ini dibuat kerana beliau percaya bahawa keluarga bahagia adalah salah satu kekuatan untuk membangunkan negara. Ini amat benar. Cuma, oleh kerana pembangunan negara amat sering dikaitkan dengan pembangunan ekonomi dan politik, maka pembangunan keluarga sering dilihat sebelah mata. Salah satu prinsip…

Islam Beri Kedudukan Indah kepada Wanita

Tamadun manusia telah bermula sekalipun sebelum terbinanya tamadun Islam. Tamadun Yunani, Rom, Hindu, Nasrani, Arab Jahiliah dan Parsi ialah tamadun yang telah wujud sebelum Muhammad s.a.w. mengasaskan tamadun Islam. Walaupun tamadun ini merakamkan pelbagai keindahan dan kemajuan dari aspek fizikal dan kemasyarakatan, akan tetapi kedudukan wanita masih berada di tempat yang paling rendah dan terpinggir.…